10.11.14

Benda Aku Benci 13 : WhatsApp

UTeknologi itu memudahkan tapi jika disalah guna akan menjengkelkan. WhatsApp pada asalnya memudahkan komunikasi dengan menghantar informasi dengan cepat telah lari dari tujuan asal.
WhatsApp telah menjadi annoying dan menyesakkan.  Maklumat dikongsi secara melulu tanpa usul periksa, gambar merapu, melalut, lucah dan sadis dikongsi tanpa batas.  Manusia yang pandai di zaman moden akhirnya dibodohkan dengan teknologi yang dicipta sendiri.
WhatsApp group pula dibuat tanpa keperluan. Sesiapa sahaja yang berkepentingan atau tidak boleh dimasukkan dalam group tersebut. Bila ramai ahli dlm group semakin merapu perbincangan. Bila merapu mula la bateri boleh habis walau jarang guna. Setelah menjadi hamba teknologi whatsapp kita menjadi hamba tenaga elektrik pula. Sentiasa perlu duduk berdekatan power point jika tidak mempunyai power bank.
Dengan segala kekalutan pasal blue tick pada update whatsapp yang terkini. Aku rasa update terbaru perlu dibuat adalah meminta approval owner whatsapp tersebut sebelum dimasukkan ke apa2 group baharu. Kemudian block mana2 group yang dirasakan tak penting.
Buat masa ni mute all for 1 year without any notification membuatkan hidup kembali tenang.

No comments: