8.12.14

Book 7 of 2014 : Tuesdays With Morrie


Dah lama tak aku tak membaca. Target nak kejar 13 buku untuk 2014 sudah gagal. Dengan baki 3 minggu terakhir 2014 ni aku nak cuba dapatkan sekurang-kurangnya lagi 2 buah buku. 
Faktor utama aku rasa kerana godaan media sosial, sibuk urusan rumah dan masa sama sibuk juga dengan urusan sukan (lari dan berbasikal).

Jadi semalam aku ke Big Bad Wolf Book Sale. Dibuka 24 jam selama 2 minggu hingga 16 Disember 2014. Aku pegi sana dalam jam 9 malam. Tujuan pegi lewat untuk elakkan kesesakan. Disebabkan hari Isnin keje jadi kebanyakan orang dah mula balik masa aku masuk. Jadi keadaan dalam pun tak sesak.
Tahun ni buku aku lihat banyak yang tersusun. Antara diorg increase jumlah staff untuk susunan buku atau pembeli dah mula ada kesedaran sivik pulangkan balik buku kat tempat dia jika tak jadi nak beli.
Untuk elakkan pembaziran aku tapis betul-betul buku yang aku mahu sahaja. Hasilnya semalam hanya berbelanja RM82 untuk 15 buah buku.
Salah satu yang aku beli adalah ini. Buku ni dah lama di pasaran dan banyak orang dah puji tapi aku pernah baca. Disebabkan harga murah aku terus beli. Dikeluarkan pertama kali pada 1997 dan edisi yang aku beli ini adalah jenis paperback yg dicetak pada 2007.
Aku baru baca satu bab tapi buku ni berkisar pasal Morrie dan penulis. Morrie ada teminal disease dan merupakan profesor di Universiti. Penulis pula adalah salah sorang anak murid Morrie.
Sampai itu sahaja aku baca setakat ni dan setakat yang dibaca buku ni amat promising seperti yang diperkatakan orang lain.




No comments: