2.12.14

Hari Kecemerlangan TCN

Sejak setahun ni aku banyak menulis pasal aktiviti sukan dan dah jarang-jrang pasal rungutan atau pun pasal keluarga. Mungkin bila bercerita pasal sukan ni lebih menarik dari rungutan dan komplen yang entah apa-apa.
Kadangkala bila menulis pasal perkara lain pun menarik juga. 22hb Nov lepas merupakan Hari Kecemerlangan Tadika Cahaya Nurani, tadika yang anak aku hadir. Kalau tahun lepas aku cancel pegi PBIM untuk hadir program yang sama jadi tahun ni aku awal-awal tolak untuk register ke PBIM untuk elakkan clash lagi dengan program ni.
Disebabkan ini adalah tadika sahaja jadi aku tak la expect yang tertinggi pada anak aku. Tujuan utama aku hantar anak aku mula tahun lepas pun untuk bantu percepatkan percakapan dia dan tingkatkan kemahiran sosial disebabkan dia hanya seorang sahaja kat rumah. 
Tahun ni pun sama dan Alhamdulillah keputusan ujian pun tak teruk. Kesian umur 5 tahun dah ada ujian. Seperti biasa bila program macam ni adalah persembahan dari murid dan seterusnya naik pentas untuk ambil hadiah.



Persembahan Ya Hanana. Ammar kat belakang penyanyi utama tu. Masa naik pentas pula Ammar dapat anugerah gangsa bagi  kelas dia. Syukur.

Untuk tahun depan aku dan isteri bercadang untuk hantar dia ke tadika lain. Bukan sebab tadika sekarang tak bagus tapi mencuba angin baru. Aku amat berterima kasih kepada tadika sekarang atas jasa diorg untuk bantu didik anak aku sejak umur 4 tahun. Dari tak boleh bercakap sampai la sekarang cakap tanpa henti. Dari pakai pampers sampai la sekarang dah pandai potty train sendiri. Tido pun dah pakai pampers.
Cikgu-cikgu tadika tu memang best dan aku amat berterima kasih atas bantuan diorg selama ni. Tahun lepas juga Ammar start duduk transit. Maknanya lepas habis sekolah pagi duduk sana sampai petang. Bila aku dan isteri habis kerja baru ambil bawa balik.
Kalau dilihat balik hampir separuh hari Ammar dihabiskan di sekolah dengan cikgu-cikgu dia. 
Bila isteri aku bagitau nak tukar tadika, cikgu dia la yang paling sedih sekali.Mungkin sebab Ammar ni manja terlebih jadi rapat betul dengan cikgu dia terutama Cikgu Su.
Jadi ahad tu merupakan kali terakhir Ammar jumpa Cikgu Su, siap peluk cium lagi. Takpe cikgu InsyaAllah ada satu masa kita aku berjumpa lagi, sebab duduk pun dalam satu kawasan yang hampir sama.



Cikgu Su yang adalah pada gambar atas. Sebagai reward sebab tamat tadika ni aku belanja Ammar tengok wayang. Big Hero 6. Sesuai la untuk budak-budak. Last aku bawa dia tengok wayang pun masa filem Guardian of the Galaxy tengah tahun ni.


1 comment:

Leilaraziii Kamen Riders Team and KPAS said...

Salam rider dari kami Kamen Riders Team.. dah add blog ini dlm blog kami.. harap sudi add jgk blog kami disini...

www.k-ridersteam.blogspot.com