24.12.14

Iskandar Charity Run : Runvocation

Plan asal nak join Paya Indah Wetlands MTB Jamboree pada 21 Dis 2014 tapi disebabkan adik aku ada konvo kat Pasir Gudang pada hari yang sama, terpaksa aku cancel event tu. Kemudian terjumpa plak ada charity run event kat JB pada 20hb. Dengan distance dan yuran pendaftaran yang menarik aku terus register.
Aku sampai JB hari Khamis, racekit collection pada hari Jumaat. Aku dtg amik awal jadi no pun kecik aje. Bib adalah berdasarkan 1st come 1st serve. Tak specialized iatu xde cetak nama runner. Timing chip takde. Aku pun tak kisah sangat sebab ni pun charity run.


Pagi event aku bangun awal atas sebab perlu memerut sebelum lari. 2 hari duduk kat JB dah makan macam-macam. Sebelum keluar rumah perut ok aje. Bila dah bertolak ke tapak event baru la perut ni meragam macam-macam. Pre race jitters mungkin. 


Aku sampai awal ke tapak event untuk uruskan hal perut. Sepatutnya utk 10km mula jam 6.30 pagi tapi mula lewat ,aku rasa dalam jam 6.45 pagi ke atas. Aku kurang gemar dgn ketidakpatuhan pada masa ni. YB yang nak lepaskan runners pun dah datang awal tapi flag off lewat sebab nak buat warm up dari fitness instructor.
Masa flag off pun xde air pistol,air horn atau bendera utk pelepasan. Mungkin juga sbb acara charity tak perlukan benda-benda ni. Pelepasan peserta pakai tangan aje. Bermula larian dan selepas 200meter ada u turn di traffic light. Di sini aku dah nampak ada masalah. Marshall dan polis hanya jaga kat traffic light tapi laluan ke traffic light tu xde orang jaga. Akhirnya semua runners end up lari atas jalan raya yang tak ditutup pada kenderaan. Nasib baik xde pelanggaran.


Laluan mostly flat aje dan lurus. Kat M Strait Hotel ada sket elevation dan sambung lagi flat road hingga ke arah Zoo. Sana ada sket elevation. U turn adalah di pintu masuk Zoo. Kemudian masuk ke jalan utama dan ada  U turn lagi menghala ke arah IMIC Danga Bay, tempat permulaan. U-turn kat Zoo pada jarak 5km.
Aku ada hajat untuk lari tanpa henti hingga finishing tapi malangnya tak kesampaian. 1st walk pada km 4.5 dah rasa tak larat dan mula nak kene side stiches. Kemudian on- off sehingga finishing line pada beberapa tempat. 
5km terakhir tu rasa dah agak penat tapi teruskan juga sebab berharap dapat pecah rekod timing 10km sebelum ni. Timing sebelum ni adalah 1jam 8 minit. Pada km ke 7 aku nampak ada orang cross menyeberang jalan.  Mula-mula hangin gak sebab selamba aje chicken loop, rupa2nya bila tgk bib diorg ni kategori 3km dan dah terlajak jauh ke depan. Rupanya ramai kategori 3km yang terlajak dan ada yang lari sampai 10km . Kesian pada mereka ni. Signage xde dan marshall pun agak clueless.
Last 200m aku sprint dengan harapan nak pecah timing rekod, malangnya bila pause jam, distance kat Fenix 2 short 500m .Agak kecewa gak tapi apa nak buat redha aje la.
Lepas habis ada diberikan pisang dan air mineral, ada juga van milo, booth Chaiwalla & Co yang bg air Passion Fruit tea percuma. Ada booth syarikat telekomunikasi dan Fitness Center. Ada gak buat demo muay thai dan zumba kat tapak event.


Secara keseluruhannya event ni bagi aku ok sebab aku tak expect banyak dengan event berkonsepkan charity tapi bila keselamatan runners tak diambil kira bagi aku perkara yang bahaya. 
Kalau nak list down bahaya bagi aku ada kat beberapa tempat :
1. U turn pertama selepas 200m flag off
2. Beberapa jalan dan lorong exit ke jalan utama tiada marshall yang jaga
3. Signage utk kategori 3km yang takde menyebabkan ramai yang lari distance yang salah.
Walaubagaimanapun ada juga beberapa pro yang aku bleh dapat dari event ni  seperti :
1. Fee yang murah untuk 10km
2. Medal yang besar, berat dan cantik
3. 3 water station untuk 10km dan water station ke 2 ada disediakan air isotonik.
4. Tapak event yang agak meriah.

Aku harap organizer tak patah semangat dengn hiccups yang berlaku dalam event ni. Ada juga yang komen agak pedas di laman sosial facebook disebabkan masalah yang berlaku di hari kejadian.



No comments: