28.12.14

MPIB Run 2015 : Racekit

Collection utk even tni dibuat kat Lot 10 tahun ni. Bagi aku sangat tak sesuai. Parking macam haram mahal pada weekend iaitu RM10 per entry. Nak ke sana pun dah sesak lalu kawasan Bukti Bintang. Bukan semua orang boleh naik public transport. Macam aku yang datang bawa family lebih sesuai guna kenderaan sendiri.
Aku rasakan mereka pilih tempat tu sebab nak bag dekat dengan TheMarathonShop yang secara kebetulan ada buat light sale.
Aku join event ni pada 2012 dan 2013. Racekit collection amat mudah bila mereka buat di Menara OCM, Jalan Hang Jebat. Jadi pemilihan Lot 10 ni bagi aku a step back for them. Masa collection tahun 2012 dan 2013 guna laptop. Jadi hanya type no ic dan dah boleh jumpa nama. Kali ni pakai manual. Print senarai nama pakai kertas A3 dan cari menggunakan nama. Jadi selak la beberapa helai utk cari nama aku. Bila jumpa potong nama pakai pembaris. Masa keseluruhan untuk  ambil racekit tadi 35 minit. Kalau kata promoter TheMarathonShop tu pagi tadi ada yg kene sampai 3 jam.
Sangat tidak efisien. 




Untuk racekit yang aku ambil utk event ni, warna aku cukup suka. Untuk berlari ni aku suka warna yang terang. More visibility. Ditaja New Balance. Takde goodies yang dapat kecuali voucher utk produk NB yang ada dalam  race guide dan voucher produk kesihatan.





No comments: