16.1.15

MPIB Run 2015 : Run Your Own Race

Event ni pada ahad lepas. Kali ni masuk event tanpa persediaan kerana nak jadikan event ni salah satu platform latihan untuk ke PgITD bulan 3 nanti. Kalau diikutkan last lari kat area Padang Merbok dan Bukit Tunku ni pada tengah tahun lepas. Tahun ni saja mencuba semula track ni disebabkan nak merasa 'keindahan' laluan berbukit dia.
Untuk larian kali ni aku gunakkan calf guard. Pelan asal pembelian calf guard ni adalah untuk digunakan masa lari long distance dan masa msk duathlon. Sebabnya bila long distance ni, betis aku anggota paling cepat rasa sakit dan krem. Disebabkan aku lari trail MCP 2 hari sebelum event, rasa sakit yang amat sangat di betis terutama masa lari naik bukit. Jadi untuk mengelakkan masalah masa MPIB Run ni aku terpaksa pakai.
Dalam kandang

Bertolak awal ke tempat kejadian. Mula tepat pada jam 7.00 pagi. Pada permulaan larian dah ramai yang pecut walaupun naik bukit. Aku sendiri nak lari on my own pace aje disbbkan aku tak training langsung. Ditambah pula dengan betis yang sakit lagi merisaukan aku untuk tamatkan larian ni. 
sejurus lepas flag off

Route seperti biasa bermula di Padang Merbok, naik bukit menghala ke Bukit Tunku, laluan di dalam Bukit Tunku pun memang sedia maklum berselang seli dengan bukit yang lazat. 
Perancangan asal adalah untuk cuba maintain pace supaya tak berhenti berlari untuk 5km pertama. Bagi aku ni nak set tanda aras jangkaan brp masa tamatkan route ni. Permulaan agak baik tapi malangnya betis mula sakit selepas 3km dan pada 3.5km aku mula berjalan masa naik bukit.
Jadi bermula episod lari-jalan- lari untuk route ni. Kebanyakan flat route aku lari dan lari juga naik bukit dalam half way. Bila tak larat jalan sampai ke puncak bukit dan sambung lari semula. Masa turun bukit sepatutnya nak lari laju sikit tapi takut betis krem jadi tak dapat nak shave time bagi part berjalan.
Selepas melalui kawasan di Bukit Tunku seterusnya keluar ke area Bank Negara sebelum berpatah balik ke arah Padang Merbok. Di simpang ke Padang Merbok hanya kategori 5km yang masuk ke sana manakala kategori 12km dan 9km terus berlari ke arah Tugu Negara dan seterunya baru menuju ke finishing line Padang Merbok. 
Ni selepas u-turn di Bank Negara. Nampak tak perut terjojol di situ?

Dari Tugu Negara ke finishing line mostly adalah route turun bukit jadi aku cuba lari sepantas yang ada untuk catch up timing disebabkan aku rasa dapat buat PB dalam route ni. Sampai ke finishing line pada cacatan masa 1jam 22 min. Bagi aku ni PB untuk 12km dan route ni. Last aku lari 12km cacatan masa adalah 1jam 26 minit. 
50m sebelum finishing line

Tapi yang sedihnya bila tengok jam, rupanya under mileage. Garmin hanya tunjuk 11.7km sahaja. Short 300 meter. Kecewa sebab under mileage tapi apa boleh buat redha aje la.

rilek aje akak dgn anak dia habiskan larian. aku  plak seksa.

Di finishing line terus amik medal dan goodies bag. Ada queue yang panjang lepas tu untuk macam2 makanan dan minuman dari sponsor seperti Milo, Cereal, Aiskrim dan lain-lain. Aku hanya makan pisang dan roti dari goodies bag dan terus balik.


Tiada cacat cela bagi aku untuk penganjuran kali ini kecuali under distance. Dari pengalaman 3 tahun penganjuran mereka, bagi aku mereka sentiasa buat penambahbaikan bagi memastikan event berjalan lancar. Cadangan aku bagi tahun depan pula cuba route yang berlainan, mungkin reverse disebabkan sudah 4 tahun organizer menggunakan route yang sama untuk 12km.

aku nampak makin "sihat"

Masa tak rasmi


No comments: