13.1.15

Pahala

Hidup ni bagi aku mudah nak dpt pahala. Cuma kdg2 kita tak gunakan ruang dan peluang untuk dapatkan pahala tu.
Aku bagi contoh pd tpt aku hantar anak aku mengaji kat Pajam. Anta anak kat kawasan perumahan jadi akan ada kereta yang dtg dan pergi hantar anak mengaji. Kdg2 ada juga yg hantar anak dan tunggu di situ sampai anak habis mengaji.
Bila kwsn perumahan dan byk kereta dtg dan pergi serta tunggu anak hbs mengaji, Jalan raya jadi sesak sedikit sebab ada yang parking depan rumah org, tepi jalan.
Yang amat menyedihkan bagi aku ada pulak tuan rumah depan tpt ngaji ni yang tak bagi org parking depan rumah dia. Siap letak kon semua. Pelik. Bukan tinggalkan kereta tu pun. Pemandu ada dlm kereta.
Bagi aku tuan rumah tu mudah dpt pahala sebab bantu org utk dptkan tempat untuk tunggu hingga habis mengaji.
Yang lebih pelik, tuan rumah agama lain tenang aje bg tunggu depan rumah tapi yang Islam ni pulak tak suka org tunggu depan rumah dia utk tunggu anak habis mengaji.
Perkara yang mudah disukarkan. Pelik manusia sekarang.
Aku harap satu hari dibukakan hatinya. Biar dia sedar dengan membantu semudah itu pun dah dpt pahala kerana permudahkan orang menuntut ilmu.

No comments: