Aku dah mencuba kasut ni di trail yang kering dan kali ni mencuba kat trail basah pula. Review pada trail kering di sini. Lokasi trail yang basah ni masih di tempat sama iaitu MCP. Hujan 3 hari berturut-turut dah cukup buat keadaan dalam tu basah dan lecak.
Seperti biasa plan hanya nak buat satu loop. Satu loop pun dah cukup penat bagi aku. Untuk larian kali ni lagi penat dari larian trail pertama pada Isnin lepas. Mungkin trek yang basah dan lembut menyebabkan perlu lebih grip dan kaki tak cukup rehat sebab baru sahaja lari kat gym pada malam sebelumnya.
Yang mengejutkan untuk larian kali ni adalah terserempak dengan babi hutan dalam tu. Jarak aku dengan babi tu dalam 5 meter aje. Dia berlari di sebelah kanan aku. Nasib baik takde pape.
Hasil dari satu loop ni aku rasa kasut ni juga beri respon yang baik pada trail yang lembut, basah dan berlumpur. Ketika downhill takde masalah juga nak speed dan aku tak perlu risau jika tergelincir sebab licin.
Pada keadaan berlumpur pun kasut masih bagi grip yang baik. Mungkin bunga tapak yang jarak-jarak tu membantu dalam grip.
Mendaki juga memberikan kesan yang sama. Cuma kasut ni tidak direka untuk menjadi waterproof jadi laluan yang lecak akan mengotorkan kasut dan yang paling tak best adalah bila basah rasa sampai ke stokin. Short run bagi aku takde masalah tapi kalau long run dalam keadaan stokin basah mungkin boleh buat kaki melecet.
Macam yang aku kata tadi kasut ni grip pada laluan berlumpur dan lecak tapi hanya laluan yang lurus sahaja. Jika laluan tu bersimpang siur licin tu ada juga . Ada beberapa kali juga hilang grip. Mungkin juga aku tak land tapak habis jadi surface yang sentuh tanah amat kurang.
Sebelum |
Selepas |
Kesimpulannya, walaupun beberapa kekurangannya seperti yang aku nyatakan dalam post ni dan post sebelum bagi aku kasut ni tetap kasut yang baik dan aku rasakan sesuai dengan aku. Yang paling penting lepas ni adalah nak tau berapa mileage kasut ni boleh bagi nanti.
2 comments:
Pada pendapat En Azam, adakah kasut ini sesuai digunakan untuk aktiviti mendaki? Misalnya semasa memanjat bukit broga atau gunung kinabalu?
Untuk broga rasanya takde masalah. Sebab respons pada tapak ni cukup baik. lagi pun terrain broga hanya tanah biasa sahaja.
Disbbkan aku tak pernah naik kinabalu dan hanya pernah lihat gambar dia sahaja. aku pun rasa takde masalah. sebab bagi aku yang paling penting adalah samada tapak tu grip dan selesaan semasa memakai terutama pada jangka masa panjang. Jadi aku rasa boleh digunakan untuk kedua-dua tempat.
Post a Comment