Salah satu plan aku pada 2015 adalah nak mencuba sukan lari trail. Aku sebelum ni tak minat nak lari trail atas dua sebab iaitu kotor dan takde kasut trail. Haha.
Jadi disebabkan sekarang aku minat pakai brand Skechers jadi aku pun cari ke brand yang sama untuk trail. Kemudian jumpa Skecher GoBionic Trail. Ada 3 warna hijau, hitam dan biru. Aku lebih minat yag hijau kerana mahukan warna terang dalam trail. Tapi disebabkan takde saiz utk hijau aku beli yang biru.
Bila dah beli, perkara yang wajib dibuat adalah gunakan kasut tu di trail. Jadi pada Isnin lepas aku dah cuba di MCP. Satu loop dalam 4.2km sahaja. Mula dari pintu masuk MCP di tepi jalan dan habis juga di pintu masuk tu. Kepada yang tak tau MCP tu ape boleh klik sini.
Loop yang aku lalu ni adalah easy loop sahaja. Hard loop pun ada tapi dah tak larat nak pegi. Lagipun masuk dalam tu pun sorang aje.
Disebabkan beberapa hari tak hujan jadi keadaan dalam MCP tu kering. Takde lopak, selut, lumpur dan sebagainya.
Dari pemerhatian larian satu loop tu aku boleh simpulkan yang kasut ni responsif masa larian, tapak di grip masa mendaki dan yang paling penting masa turun bukit. Di laluan yang ada batu-batu kecil tapak di grip jadi tak perlu takut nak tergelincir. Pendek kata lebih yakin dengan larian tak perlu nak kontrol-kontrol sangat.
Benda yang aku suka pada kasut ni adalah ruang depan yang luas. Sesuai untuk orang berkaki lebar macam aku. Selain tu lidah nya dijahit sekali dengan kasut jadi tak perlu la nak tarik2 lidah masa nak pakai kasut. terus masuk aje kaki. Ruang-ruang utk bunga pada tapak pun luas jadi takde masalah batu melekat ke ape.
Benda yang aku kurang suka ada cari lacing dia yang kurang menarik dan melecehkan. Aku lebih suka cara yang konvensional. Mungkin dari segi design ada sebab tersendiri. Jenis tali pun bagi aku tak sesuai. Benang- benang tali tu agak 'terbuka' dan kalau masuk trail boleh terdedah kepada benda-benda melekat. Ia akhirnya boleh buat benang kat tali tu tertarik dan akhirnya mengurangkan jangka hayat bagi tali tersebut.
Disebabkan MCP hujan sejak tengah malam semalam hingga awal pagi, aku akn cuba plak lari di sana dalam keadaan basah. Nak tengok keberkesanan grip dan respon kasut pada keadaan basah dan lembut.
No comments:
Post a Comment