11.2.15

Xplorasi MTB D'Kajang : STC

Di kala yuran penyertaan event basikal semakin naik sejak mulanya tahun 2015 ni, pengayuh mula menjadi selektif. Eh sebenarnya aku tak pasti jika pengayuh lain menjadi selektif tapi yang pasti aku sangat selektif untuk masuk event. Event yang murah di cari. Tak dapat baju tak dapat medal pun takpa. Yang penting kepuasan masa beraktiviti.

Bila jumpa event yang murah macam ni memang tak dilepaskan. Secara jujurnya aku sebenarnya hesitant nak join event ni. Sebabnya sehari selepas event aku ada larian 10km kat Bukit Jalil. Memandangkan aku umpama kenderaan berat berusia puluhan tahun yang pakai diesel takut plak nak buat back to back ni. Takut naik ambulan aje masa lari tu. Biar DNS jgn DNF.

Atas pujuk rayu Din Snake aku pun masuk juga. Din Snake salah sorang dari team penganjur. Dia pun dah murah hati book 6 tempat untuk event ni. Orang yang asal nak join adalah Hasni, Rizal, Din Boardman, Zaidi, Kayyoi dan aku. Disbbkan ada hal yang tak dpt dielakkan 3 tekan button CANCEL. Dapat 2 orang pengganti iaitu Aman dan Famy.


Sepanjang minggu tu aku tak sihat demam, selsema dan batuk. Mileage pun kosong aje. Masuk juga event ni sebab teringin nak rasa keseronokannya.



Event pun dekat kat Kajang jadi lepas Subuh baru gerak.Lokasi nak cari pun senang. Parking pun banyak. Penganjur buat langkah bijak untuk limit dalam 200++ rider aje. Jadi tak la sesak dalam trail. Pagi sebelum mula ada sesi regangan badan dari abg sado. Siap lompat bintang kau. abg sado bleh la lompat bintang. kalau aku konfem nampak bintang aje.
Sedikit penerangan dari organizer dan selepas bacaan doa dalam 8.05 pagi tu rider dilepaskan. Disebabkan event ni bukan jamboree, jadi takde sape nak duduk depan. Kalau Jamboree sebelum subuh org orang dah parking basikal. Pelepasan road dalam 3 km yang membawa pengayuh dari Desa Jenaris ke Twin Palms melalui terowong di bawah Hway Sungai Long dan terus masuk ke kawasan offroad.
Permulaan offroad ni la mulanya seksaan dia, masuk offroad terus mendaki. Aku yang kayuh kat depan terus perlahan. Pada satu part dalam 500m kot mula masuk offroad aku berhenti kat tepi. Jantung macam nak pecah brader. Macam mintak tangki oksigen. Disebabkan nak jaga kesihatan diri untuk lari esoknya aku pun mula kayuh rileks2 lepas tu. Pada masa ni tak yah tanya mana yg lagi 4 kawan aku ada. Semua dah kat depan. Top 10 katanya.

Pendakian tanpa henti ke puncak yang ketinggiannya lebih dari 250 meter. Kalau ada landai pun sket aje dalam 50 meter lepas tu naik lagi, lagi lagi dan lagi. Seksa. Gear pun dah habis pakai. Bila dah tak larat sangat ada la menolak gak. Tapi menolak lagi sakit dari mengayuh sebenarnya. Makan betis. Rasa macam nak tercabut pun ada.

Part yang paling best sebenarnya adalah downhill. Marvelous. Panjang. Kalau tak betul2 mau tergolek. Tapi jiwa kene yakin dan kene cepat pilih laluan. Tempat-tempat merbahaya kesemuanya ada marshall jaga jadi tak perlu risau sangat. Masa downhill part yang tak best bila rasa brek belakang macam melekat. Rupanya brake pad dah habis dan bila habis tarik brek terus melekat. Jadi kebanyakan masa downhill tu terpaksa berhati-hati.
Lepas downhill ada naik lagi bukit dan ada lintas sungai sket. tak dalam pun. tayar pun tak tenggelam. Ada masuk dusun orang yang bukit nya bersimen tapi curam nak mampus. Masa kayuh rasa dagu dah ada kat atas tayar aku rasa. Selepas dusun tu masuk ke ladang getah dan bermula part single trail. Permulaan single trail ni hanya mendaki , mendaki dan mendaki. dan selepas tu memasuki kawasan hutan sket untuk bermula downhill lagi skali.

Downhill ni umpama downhill kat rock garden la. Kalau jiwa kental hati kering konfem semua cabaran lepas. Disebabkan brek belakang aku dah habis jadi aku terpaksa berhati-hati kat sini. Takut tayar belakang sangkut tak gerak  terus flip 360. Alhamdulillah berkaya lepas semua cabaran masa downhill tanpa rasa terkucil walaupun ada beberapa tempat yang agak menyeramkan.

Selepas downhill tu ada beberapa laluan landai sebelum kembali mendaki bukit untuk ke laluan semasa masuk offroad untuk kembali semula ke starting point. Nak mendaki bukit yang last ni aku rasa seksa betul mungkin sebab tenaga dah habis. Hari pun dah makin panas maklumlah kayuh pun speed siput ba*i aje.
Keluar dari offroad dan melalui jalan yang sama hingga ke tapak permulaan. Sampai kat sana geng aku yang lain semua dah duduk lepak. Ada yang dah siap tanggal kasut. Nampak sangat jauh betul aku tertinggal.
Bila sampai nampak lak van milo.... tgh penat2, lapar, panas terus minum 3 cawan. Nikmat dia tak terkata.
Duduk kejap untuk tunggu makanan dan cendol datang. Lepas makan  tu rehat2 kejap dan terus balik.
Hajat nak tunggu sampai lucky draw mana tau lucky ke kan, bagi la no kat kwn skali memang tak lucky. Syukur gak balik awal.

Event ni bagi aku amat berbaloi dengan harganya. Dengan yuran penyertaan RM30 rider dapat goodies bag( plat,majalah, t-shirt,key chain), mug bila habiskan kayuhan, makan (cendol+ milo tu memang terbaik), pendakian yang hebat, downhill yang mengujakan dan yang paling penting keseronokan dalam kayuhan.
Tahniah diucapkan kepada penganjur. Semoga terus bersemangat untuk menganjurkan event sebegini lagi pada masa hadapan.


No comments: