20.3.15

Penang International Triathlon Duathlon : #FatBoyCanDuIt

Ini merupakan event ke 4 bagi Duathlon untuk aku. Bermula dari X-Terra, KRI X-Trail Duathlon, Port Dickson International Duathlon (PDID) dan tahun ni Penang International Triathlon Duathlon (PgITD). Nak kata berpengalaman tu bagi aku takde la tapi dan tau juga sedikit selok belok untuk event Duathlon. 
Bila dah masuk 4 event ni, persoalan di minda mula berpusing-pusing...Kenapa masuk event macam ni jika kita tak mencuba yang terbaik.  Aku dah pernah finish 3 event dan secara logiknya mampu habiskan event yang ke 4. Tapi mampukah aku  untuk "Finish Strong"?
Dengan duit yang dilaburkan, masa, tenaga, masa kualiti dgn keluarga yang diabaikan pasti kau nak buat yang terbaik supaya ianya berbaloi.
Dikesempatan ini ucapan terima kasih aku berikan kepada Isteri yang banyak berkorban sejak 3 bulan ni yang membolehkan aku mencuri masa untuk besukan sebagai persediaan PgITD. Masa PDID bagi aku satu pengajaran besar di mana jika kau tak mentally dan physically prepared untuk event, kau pasti akan terseksa.

Kali n lokasi event di Penang jadi memang molek kalau aku datang bawa keluarga sekali. Jadi bertolak awal pagi dengan harapan dapat mengelak traffic jam sebab bermula cuti sekolah. Sampai Penang, terus makan dan check in. Rehat sebentar sebelum petang tu ke Race Briefing + carbo loading session di Prangin Mall. Race Kit Rizal dah ambilkan pada tengahari tu. 


Masa briefing baru perasan ramai betul orang yang masuk event ni. Penuh setiap sudut dalam dalam hall. Seram sejuk pun ada tapi layankan aje dengan beratur utk ambil makanan. Sebab nama pun carbo loading jadi melantak la sepuas-puasnya.
Carbo loading ni makanannya banyak yang dari unsur karbohidrat dan protein. Makanan tak pedas dan rasa bagi aku amat tawar. Sesuai kot untuk elakkan jadi kejadian tak diingini masa event dijalankan. 
Malam sebelum event tido kene tidor awal. Elakkan tidur lewat untuk mengelakkan bonk ke ape ke masa event. Tapi pre race jitters dan amalan minum banyak air sebelum event menyusahkan untuk tidur lena. Asyik ke tandas aja.

Bangun awal dan untuk bersiap ke tapak event iaitu di Dam Teluk Bahang. Terima kasih kepada pihak hotel yang menyediakan tempat untuk menyimpan basikal. Rasa selamat walaupun kecewa sket tak dapat bawa naik atas. Ada pernah skali hotel kat PD tak sediakan tempat simpan basikal, staff diorg suruh letak bawah tangga aje. Diorg ingat beli basikal pakai pasir pantai ke? Lahanat betul.
Parking utk event memang banyak. Aku carpool naik kereta Rizal pada pagi tu. Parking kat Sekolah Rendah dan mula persiapkan basikal untuk ke tapak event. Masalahnya nak ke tapak event tu dari kawasan parking kene naik bukuit. Seksa plak pagi tu. Aku halfway aje kayuh. Pastu tolak. Peluh pun dah mencurah. 




Seperti biasa sebelum mula masuk transition area untuk letak basikal dan kelengkapan lain. Transition area merupakan satu kawasan luas yang hanya peserta shj bleh masuk dan terdapat banyak baris palang yang diletakkan nombor yang sama dgn race bib. Kat situ park basikal dan letakkan segala macam barang yang kita bawa macam kasut, hidration. gel, mangkuk tingkat dan apa jua yang lain.

Untuk triathlon tahun ni menurut organizer lain sket disebabkan perkara yang tak dapat dielakkan mereka akan naik bas dari tapak event ke tepi laut untuk 1.8km swim. Seterusnya kene lari 2.5km untuk ke transition area dan kemudian baru dapat mulakan bike course. Tapi yang mengkagumkan dengan tenang mereka semua arahan ni tanpa banyak soal masa briefing. Memang jiwa kental.
Mula event sharp 7.30 pagi serentak dengan Tri yang berenang dulu di pantai. Walaupun mula 7.30 tu dah lambat tapi aku rasa sengaja dimulakan pada waktu tu disebabkan nak mudahkan perenang. Xkan gelap2 nak berenang. Banyak safety issue nanti belum cerita tersepak terlempang orang dalam gelap kat air tu.




Untuk berlari target aku untuk maintainkan sepanjang 7km  6.30min/km. Bagi aku agak realistik sebab rasnya boleh maintain pace tu walaupun ending route larian ni ada bukit nak masuk ke kawasan Dam menuju ke transition. Malangnya pace yang realistik bagi aku tu rupanya tak realistik kat dunia sebenar. Larian tu ditamatkan dengan pace 6.49min/km. Masa permulaan bagi aku ok, maintain pace cuma bila dah tengah-tengah dalam KM3.5 tu rasa sesak sket. Mungkin over push pace waktu tu. Ada stop lari kejap cuma berjalan tapi tak lama dalam 10 saat sebelum sambung lari balik. Naik bukit menuju ke dam tu memang aku tak lari konon-konon nak simpan tenaga utk basikal. Masa ni ada 2 water station yang bagi aku sangat mewah. Nak teguk air sampai muntah pun bleh.


Masuk ke transition untuk mula berbasikal plak. Masa masuk lupa nak tekan kat jam jadi trasition time dari garmin kurang accurate. Minum separuh botol air yang dah diisi dengan tablet high 5 dan bawa 3 energy gel. Kali ni kebergantungan pada energy gel lebih sket dan aku memang elakkan untuk tekan awal2 pada bike course supaya kejadian sama masa PDID tak berulang. Masa PDID betis krem pada 5km pertama.


Masa basikal aku cuba kayuh slow pada pace yang selesa. Kemudian cuba naikkan sket demi sedikit. Pada KM ke 3 dah mula rasa nak tarik jadi aku terus teguk air. Masa tu ramai plak yang potong. Jadi makin kebelakang la aku pada masa tu. Pada KM ke 5 dah mula downhill. Memang layan tapi max speed hanya 47km/h aje. Tak berani nak layan lebih2. Kona baring . Jenis cecah telinga kat jalan. Kalau jatuh mau tergolek2 masuk gaung. Kat selekoh yang merbahaya memang ada orang yang jaga jadi kita akan lebih berhati-hati. Walaubagaimanapun ada gak yang naik ambulan naik pickup sebab jatuh masa bike course.
Bila downhill dah layan, nak kembali mendaki balik bakal menyeksakan. Route dia berbentuk U-turn. Kayuh dari Dam sampai ke Balik Pulau dan patah balik. Jenuh gak nak tunggu signboard u-turn tu. Bila dah sampai 1st yang aku buat adalah stop kejap dan mintak medic rawat sket betis ni disebabkan aku takut krem masa nak naik. Option yang ada pada masa tu adalah urut dengan ais aje, jadi aku layankan aje. Seterusnya top up air dan terus kayuh. Masa climbing ada rasa sket nak krem jadi aku slowkan kayuhan balik. Bila dah sampai pada satu tahap yang selesa baru try push semua.
Masa balik tu rasa amat bertenaga bila  aura-aura nak krem tu dah hilang. Mungkin gak sebab aku dah balun 1 liter air dengan tablet sebelum climb balik tu.Minum sampai kembung perut. Layan dowhill sehingga masuk ke Dam untuk transition.


Pada masa ni tengok dah ramai yang dah finish dan nak finish event. Aku layankan aje. Sebab menurut perkiraan timing aku masih still on target aku untuk race ni. Masuk transition, parking basikal dan minum separuh botol lagi air. Untuk backup bw 3 iso gel.


Pace untuk 2nd run tu memang aku target akan slow dan jangkaan aku adalah untuk cuba maintain consistency untuk lari dengan pace 8 min/km. Masa ni rasa motivated sket walaupun penat tapi betis tak langsung aura krem. Cuma cuaca yang panas tu bagi aku meruntun jiwa raga. Macam kene siat2 kulit lari bawah panas. Tapi layankan aje kalau slow nanti makin panas. Masa ni berterima kasih kepada organizer sbb sediakan cold sponge dan ais untuk cool down body temperature masa berlari. Satu waterstation siap ada redbull lagi. Volunteer siap suh amik lebih. Xmau aku sebab dah tahan kencing minum banyak sangat sejak mula 1st part larian.
Sebelum u-turn ke arah Dam nampak ramai dah kawan-kawan aku yang nak menuju ke garisan penamat. Semangat nak kejar walaupun dah penat tapi gap jauh sangat jadi dapat cut down defisit beberapa minit je by the end.
Part finishing la yang paling nikmat...melihat orang memang riben PgITD tu dan berlari bawah gantry. Tak sabar nak sampai. Cuma kat situ la aku terkilan sket sebab xleh nak sprint to finish line macam biasa aku buat. Betis kanan krem pada 200meter terakhir. Jadi mampu berlari-lari anak aje la masa tu.


Cross the finish line pada masa unofficial 4 jam 15 minit dan 35 saat. Target aku untuk event ni sebenarnya bawah 5 jam. Bagi aku dah satu accomplishment. Cuma difikirkan balik mungkin juga aku set bar terlalu rendah tapi peduli hape aku asalkan capai target. Terima kasih lagi sekali kepada Rizal kerana suruh cameraman amik gambar aku kat finish line. Ada hikmah sebenarnya jadi pelari siput sedut ni.Bila kengkawan ramai dah sampai dulu mungkin ada yang tergerak nak tunggu kat finishing line amik gambar.
Lepas tamat tak leh tunggu lama disebabkan nak kejar balik ke hotel untuk check out. Amik beberapa gambar dan bergegas balik.






Ini merupakan edisi terakhir bagi event PgITD ni. Walaupun semua tetiga bike course tu overdistance sket tapi aku xnak komplen sebab, yg Tri kene lari 2.5km pun rileks aje xkan yang Du ni nak ngada2 macam raja.
Cuma kalau kat event jamboree basikal ni kalau ada terlebih distance, bertambah disiplin mau ngamuk siang malam maki penganjur. kah kah kah. but something to ponder.


Kat bawah ni merupakan timing official aku untuk event ni. Nak kirakan dari segi position memang tak hebat tapi terima aja, kerana yang penting dapat tamatkan. Sapa yang belum semak masa rasmi boleh klik kat sini.




No comments: