5.3.15

Project Rigid Giant XTC 27.5

Penang International Triathlon & Duathlon (PgITD) semakin hampir. Pada sebelum Xplorasi Kajang sebelum ni fork aku ada sedikit kerosakan.Mungkin berpunca aku jatuh terbang kat MCP beberapa hari sebelum tu. Dah hantar untuk servis dan repair tapi lepas 2 minggu rosak semula. Rosak tu tak la teruk cuma tak boleh lock dan unlock sahaja.
Kayuhan biasa bagi aku tiada masalah jika tak boleh lock tapi disebabkan PgITD ni event road dan dari promo video laluan banyak berbukit, masalah lock ni boleh memenatkan aku. Dengan keadaan fitness yang tak seberapa aku terpaksa cari jalan lain untuk selesaikan perkara ni.
Disebabkan pembelian fork baru mengambil masa yang lama. Sebenarnya kejap aje nak beli fork baru, nak kumpul duit utk beli fork baru yang ambil masa lama, aku cuba dengan membeli fork rigid untuk event ni. Tu pun selepas diracun  bertong-tong oleh Rizal Cancel. Cancel tu bukan nama dia tapi nickname yang diberi.
Aku beli fork secara online. Sangat efisien. Sehari lepas bayar dah dapat.



Semalam dah pasang fork tu. Ambil masa yang lama juga sebab nak ejas ketinggian yang betul sebelum potong fork tu. Disebabkan aku frame tapered, pakai oversize stem dan fork plak non tapered ada la beberapa penambahan lain kene buat nak pastikan fork tu fit dalam frame dan fit dalam stem.




Selepas pasang fork dan test kayuh seround dua, aku dah dapat ketinggian yang aku nak, terus dipotong. Hasilnya jadi begini.


Berat pun ada konfem ada perbezaan dari fork biasa ke fork rigid. Berat sebelum ni dalam 11.5kg. Manakala bila dah tukar jadi lebih ringan. Tapi ringan atau berat tu subjektif. Semuanya bergantung kepada kekuatan kaki masing-masing.


Malam tadi dah buat 1st trial dgn fork rigid. Mengayuh route Bukit Bulu. Dari segi kayuhan pertama bagi aku banyak yang perlu aku fahamkan lagi dengan konsep rigid ni. Ini disebabkan geometri yang berbeza. Nampak sama ketinggian dengan fork biasa tapi sebenarnya amat lain. Kayuhan pertama malam tadi aku rasakan seat aku terlalu rendah. Kayuh lutut tak buka habis. Menyebabkan half way kayuh dah lenguh lutut. Selain tu aku rasa stem tu masih tinggi. Aku akan cuba dropkan lagi stem ke bawah dan cuba lagi melihat kesesuaian dengan badan.
Kalau sesuai dalam seminggu dua ni, inilah setup aku untuk PgITD nanti. Moga dapat tamat dengan jayanya. Masa lambat habis tak kisah, yang penting tamat.






No comments: