17.5.15

Benda Aku Benci 15 : Tabiat Pengayuh Basikal

1.  Lebih makan dari mengayuh
Bila kayuh, berkumpul dan tamat di kedai makan. Nanti nak mula pun jd lambat. Nak ngeteh la, sarapan la dll. Bila hbs tpt makan plak, mula la nak hbs kayuh cepat. Pastu lepas habis kayuh sambung minum dan makan. Jadi kdg2 tak salah orang kata org mengayuh basikal ni berat badan tak turun. Asyik naik aje.

2. Tak tepati masa. 
Ni aku paling pantang. Sebab bagi aku kita kene hormati masa yg ditetapkan. Aku plg benci perkataan "janji Melayu".  Benda ni memalukan. Jadi paling penting bagi aku sendiri untuk menghormati masa orang lain. Aku faham kadang2 kita akan terlewat sebab ada hal lain tp kalau setiap masa lewat tu dah jadi tabiat buruk.

3. Sikap berpuak2 dalam berbasikal.
Dalam berbasikal ni ada banyak group. Sekarang dah siap ada jersi sendiri. Dah jadi satu brand skrg group basikal ni. Benda yang aku tak gemar bila ada yg amalkan sikap berpuak2 tak nak join group lain. Kayuh dgn geng sendiri. Semua apa2 dengan geng sendiri je. Konon2 eksklusif. Xnak bercampur dengan pengayuh lain. Tak yah la poyo sgt. Apa salahnya kayuh sama?

4. Sikap bodoh sombong.
Dalam dunia basikal ni banyak benda kita kene tau. Jadi kita kene rajin bertanya. Tak kira pengayuh lama atau baru jangan la segan2 bertanya. Tak tau buat gaya tak tau. Aku sendiri dah kayuh sejak 2010 rasa banyak benda yang aku tak tau. Tak kisah nak belajar dengan yang tua atau yang muda. Tapi perkara ni juga kene la pastikan orang yang ada pengetahuan tak kedekut ilmu gak kan?

5. Tipu isteri pasal basikal.
Ni bagi aku paling tak gemar. Ada yang aku tau tak bgtau keluarga terutama isteri sendiri pasal harga basikal dia. Biasalah bila beli basikal, kayuh pastu kadang2 ada yang upgrade sket2. Bila upgrade bayar byk ni tp bgtau isteri yang lain. Apesal nak menipu? Kalau betul ketua keluarga kenapa kena menipu? Takut nak bgtau hal sebenar? Jujur la sket. Sebenarnya penipuan sebegini yang buatkan orang di luar dr arena basikal menganggap berbasikal ni aktiviti yang mahal.

2 comments:

BIRU SNASHA said...

hai azam zaki sy nak tanya blh x

No Surprises said...

tny pebende?