12.5.15

USIM MTB Jamboree 2015 : Test Trail


Pada 9 Mei lepas aku dan beberapa kawan lain dijemput untuk test trail event ni oleh organizer. Untuk makluman dan mencerahkan keadaan,penganjur bagi tahun ni dengan penganjur Kayuhan Bernilai pada tahun lepas adalah berbeza. Penganjur tahun lepas tidak mendapat kebenaran USIM untuk membuat event dan menggunakan nama diorang. Bagi aku ni langkah tepat bagi USIM untuk mencuci nama baik mereka oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Review tahun lepas bleh klik sini dan sini.
Dato' NC berbaju merah turut sama test trail ni

Sebelum dimulakan cerita, aku nak ucapkan terima kasih kepada penganjur yang mengajak STC untuk mencuba trail ni. Selain ajak test trail diorg juga sediakan air di dalam dan di luar trail, makan pagi dan tengahari serta support unit bermotor. Kayuhan ni turut dihadiri rider Cyclomotion,rider HMR staff dan student USIM. HMR akan menjadi official crew dan marshall bagi event ni.
Pujian aku berikan kepada Dato' Prof Musa Ahmad, Naib Canselor USIM yang turut sama dalam test trail ni. Full loop Dato NC join masa kayuhan. Amat sukar kita nak jumpa orang berjawatan tinggi yang sanggup turun padang bersama dengan organizer berkayuh sama.
Apa yang aku boleh katakan trail event ni jauh beza dengan event tahun lepas dari segi tahap kesusahan trail. Tahun lepas bagi aku lebih kepada kayuhan di padang pasir. Laluan yang sukar dah di ratakan organizer. Kali ni lebih menarik dan sukar.
Test trail bermula dari dalam USIM dan akan keluar melalui road dalam 8km dan melalui kawasan perumahan persekitaran dan mula masuk offroad di kawasan Desa Melati. Laluan ni merupakan laluan lama trail Nilai Spring yang bagi aku lebih mencabar berbanding tahun lepas.  Kat sini potensi bottleneck kerana agak sempit, licin dan sedikit teknikal jadi pecutan perlu dibuat masa kayuhan road bagi menjarakkan diri dengan rider lain.
STC yang datang. Betul2 sebelum msk offroad.
Permulaan offroad sehingga ke KM 20 merupakan laluan yang berbeza dari Kayuhan Bernilai. Permulaan offroad tu dah dijamu dengan laluan berbukit dan mungkin  sedikit lecak jika hujan dalam minggu event tersebut dan seterusnya akan mengayuh di kawasan ladang sawit menghala ke belakang padang golf Nilai Spring. Sebelum ke kawasan belakang padang golf akan melintas 2 anak sungai. Sungai tu kecil, rendah dan rideable tak perlu turun basikal. Masa ni baru lepas hujan jadi air tinggi sket.



Selepas padang golf akan bergerak ke kawasan tasik dan seterusnya sambung semula ke laluan ladang sawit. Dari situ akan masuk terowong melintas highway. Di sini ada sedikit persamaan dengan trail tahun lepas. 

Kemudian tak terus menghala ke laluan naik Bukit Lembu tapi akan dihidangkan dengan bukit yang lagi azab. Aku pun tak tau nak bagi nama bukit apa. Bukit tu terletak di Kg Sungai Buah,border di antara Selangor dan Negeri Sembilan. Bukit tu mungkin akan berlaku kesesakan disebabkan laluan yang sempit kerana terdapat alur air. Jadi perlu pilih riding line yang betul. 
1 bukit yang mencabar 
Mula naik bukit tu bagi aku bermula cabaran sebenar sebab di situ bermula turun naik bukit. Laluan bukit tu membawa kepada laluan memusing dari sisir Bukit Lembu. Penuh rolling hills. Amat memenatkan terutama betis dan peha bagi pendakian turun naik.


Laluan akan membawa ke arah terowong di bawah highway sekali lagi menandakan bahawa trail sudah memasuki kawasan Nilai semula. Selepas terowong akan dihidangkan bukit.Bukit ni dipanggil Bukit Gen Set sebab ada generator set dan pencawang telefon di puncak bukit tu. Amat memenatkan kerana degree of climb dia dan laluan yang sedikit teknikal disebabkan alur air. Big possibility kawasan ni ramai menolak disebabkan  kesesakan sehingga menyukarkan pilih riding line.


Turun bukit dan terus menghala ke kawasan belakang USIM di mana rider akan masuk di pintu belakang yang menghubungkan  USIM dengan ladang sawit. Tak salah aku dimaklumkan juga akan ada beberapa KM di dalam USIM tersebut sebelum ke finishing line.
Test trail tersebut dalam 27km sahaja. Walaubagaimanapun dari laman web jumlah keseluruhan adalah 30km. Laluan sepanjang trail adalah kebanyakan ladang sawit. Ada beberapa kawasan agak berbatu jadi agak mencabar dari segi climbing. Ada beberapa kawasan yang dilitupi pokok yang jika hujan potensi tinggi akan berlopak. Paling penting bagi rider adalah berhati-hati dengan alur air dikawasan bukit disebabkan rider boleh terjatuh ketika downhill.
Pandangan peribadi aku trail yang disajikan dah amat menarik jadi jika dari sudut penganjuran dijalankan dengan baik juga event ni akan menjadi buah mulut pengayuh MTB antara event terbaik di tahun 2015. Selama berjaya.

No comments: