28.5.15

Port Dickson International Duathlon & Ecohill Rescue Run 2015 : Registered

Port Dickson International Duathlon, menggamit betul seksaan tahun lepas. Sehari lepas event sakit badan gila tapi tabah kene gak pegi keje. Tahun ni selamba register lagi skali.
Tahun lepas cerita seksaan aku di sini. Kepada yang berminat nak daftar bleh klik sini. Terhad 2000 peserta terawal sahaja.


Disebabkan event PDID ni bulan Ogos, dalam beberapa minggu lepas Raya jadi kene la cari motivasi sket supaya tak terbabas makan sampai muntah masa raya. Jadi aku pun dengan selamba badak register Ecohill Rescue Run. Tarikh 26 Julai dalam seminggu lepas Raya dan event plak dekat dengan rumah.Belasah la, harap-harap tak DNS. Tu yang paling bahaya.
Register event ni kat sini bagi yang berminat.




No comments: