4.8.15

Port Dickson International Duathlon 2015 : Pre Race Plan

I decide untuk tahun ni aku mungkin pecahkan kepada beberapa bahagian disebabkan macam panjang nak tulis dan banyak gambar nak upload. Lagipun aku cuba nak bagi info yang lebih  dengan pecah-pecahkan post. Tulisan ni pun sebenarnya takde yang baca. Jadi bila aku pecah-pecahkan lebih info untuk aku di masa akan datang nanti. Ye la umur makin lanjut. Rambut pun dah makin putih jadi makin lama makin pelupa. Sebelum lupa baik aku tulis dulu.


Jadi seperti biasa sebelum race aku pastikan basikal tip top.Memakai MTB untuk event yang hampir semua pakai RB meletakkan kau dalam disadvantage jadi basikal kau kene di keadaan terbaik untuk memastikan masalah teknikal tak terjadi. Lagi pun aku pun bukan pandai sangat pasal repair basikal, kang rosak on the road mau DNF aku.


Jadi seperti biasa hantar ke Kedai Basikal Lasak. Kali ni servis gear aje sebab asyik lompat-lompat. Rupanya cable gear banyak yang putus. Tukar cable teflon untuk memudahkan shifting. Terima kasih kepada Kaydi dan Nazim atas servis anda.  Sempat timbang basikal sebelum balik. 10.07kg. Mungkin disebabkan rigid fork yang aku pakai.

Most important part of racing bagi aku adalah plan kau. Kau xleh nak main balun aje masuk race. Kecuali kau yakin kau betul-betul fit. Benda ni juga depends on individual. Certain orang tak leh terlalu plan nanti stress. Aku pula perlu plan untuk memastikan aku dapat clear picture masa event.


So gambar atas adalah fuel plan aku untuk total race. Mengenangkan last year 5 jam 23 minit aku perlukan something untuk sustain diri supaya dapat habiskan. Dari kiri merupakan tablet. Satu botol satu tablet. Iso Gel makan satu masa lari. Target aku adalah halfway mark pada 5km. Pastu untuk bike leg aku bawa 4 gel . Last year bawa dua dan tak cukup jadi tahun ni aku up sket by double. Untuk lari yang last tu aku bawa 2 gel. Jangkaan adalah pada  KM ke  4 dan 8. Tube kecik tu ada tablet yang aku nak guna masa refill air kat u-turn bike leg. Tahun lepas tak bawa. krem all the way masa balik. Yang terakhir sekali adalah protien recovery minum after race untuk tambah energy dan elakkan sakit-sakit badan.
Ada yang kata kat aku gila kau bawa banyak, terlalu dependent dengan dadah ni tapi bagi aku kau kene kenali diri. Jangan ego, jadi jika  rasa tak mampu bawa. Target kau ke PD nak habiskan event bukan nak masuk suka2 macam makan goreng pisang tepi pantai.

Dari kiri Rizal, Azfar, Hezlan, Aku, Hafiz, Kayyoi, Isteri Kayyoi (juga manager Kayyoi) dan Anas
Ni merupakan kawan-kawan yang skali register pada masa tu. Dari 9 yang daftar 2 DNS. Faktor kesihatan. Malam welcome dinner cum briefing adalah masa untuk carbo load. Sempat balun 3 pinggan malam tu. Dia punya seksa bawa perut masa jalan ke kereta tuhan saja yang tau. 


Lepas makan ada briefing.  Bagi aku ni yang paling penting untuk kau validate plan yang kau dah buat samada dah mencukupi ataupun nak improvise. Masa briefing akan diberikan race course, water station, cut off time dll. Yang sedihnya ramai tak nampak kepentingan briefing ni dan tak datang. Pastu lepas event komplen tak habis.


Last skali paling penting adalah tidur yang cukup. Jadi persiapkan la kelengkapan anda untuk hari kejadian selepas briefing dan tido awal. Good sleep ensure a good race the next day.
Aku rasa ni saja untuk part 1 dan part seterusnya sambung time lain. Aku nak sambung buat keje opis plak. Melambak sampai balik rumah pun bawa keje opis. 


No comments: