6.8.15

Port Dickson International Duathlon 2015 : 1st Run Course

Pernahkah kau berada dalam situasi  "been there, done that" di mana kau dah pernah lalui pengalaman tu dan kau rasa kalau nak lalui lagi sekali mungkin takde masalah? Lebih kurang macam tu la yang aku rasa tahun ni. Dalam hati berfikir tahun lepas dah habis, badan bleh tahan sampai habis takkan tahun ni xleh kot? Jadi bila registration buka tanpa fikir panjang terus register. Akibat dari register puasa 2 minggu sebab habis duit. Kah Kah Kah.

Disebabkan  konon-konon tahun lepas dah layan, bajet2 mcm "alah xdak hal bleh setel punya "untuk tahun ni. Jadi latihan pun siput sedut je tahun ni. Kena pulak event dua minggu lepas raya jadi tak masa nak traning masa bulan puasa. Mileage untuk kayuh dan lari memang ke laut. Akhirnya masa event hambik kau. Terkedek-kedek nak habiskan. Padan muka haha.


Hari kejadian perkara utama adalah bangun awal. Lepas tu wajib sarapan. Sarapan awal ni sebenarnya untuk mengaktifkan sistem perut je supaya proses pelaburan dapat berjalan lancar. Kalau lancar badan jadi ringan bleh lari laju kononnya.  Tahun ni masih duduk di Homestay yang sama, Izz Irsyad Homestay sebab amat mudah dan berdekatan dengan race site. Tak yah susah-susah nak bawa kete hanya kayuh tak sampai 1km je.



Lepas subuh gerak berlima ke race site. Datang awal supaya bleh masuk ke transition area dan susun kelengkapan. Susun kene betul sebab nak memudahkan kau masa nak tukar course nanti. Masa tu nervous dia tak yah cakap la. Masa tu rasa nak terkucil aje. Nasib baik selain tandas surau kat sebelah padang kawad tu ada juga portable toilet. Jadi tak la sesak sangat nak tunggu turn.


Perkara wajib buat sebelum ke starting point adalah warm up. Aku pun tak reti nak warm up ni slalu main belasah aje tapi mengenangkan nanti seksa kalau tak warm up betul-betul aku pun buat la.Tapi bukan aku tau pun tapi folo orang sebelah aje. Apa dia buat tu la aku buat
.



Tepat 7 pagi kategori Sprint dilepaskan 7.05 pagi dia suruh kategori Full mula beratur. Masuk la beratur. Masa tu dah mendung-mendung gelap nak hujan. Beberapa titisan pun aku dah bleh rasa . Jangan lebat sudah kang krem kaki. Plan adalah lari ikut pace sendiri. Masa flagoff rizal suh aku ikut dia, aku pun layan la. Tahan 5 minit je pastu aku dah semput. Dia pace 6 minit aku pace 7 minit seksa la aku nak ngikut. So aku suh di jalan dulu. Dalam KM ke 2 dapat catch up dengan Kayyoi dan Rizal so folo diorang sampai KM ke 4 di mana ada water station. Bertahan beberapa minit je sebelum aku suh diorg lari dulu sebab dah tak larat.
Pastu aku macam biasa lari sorang-sorang aje la layan blues. Pace makin lama makin tercicir.  Siap kawan aku Hafiz yang mula dari belakang dengan tenang potong aku.
Tahun ni ada penambahbaikan diorg buat untuk 1st run course ni iaitu penambahan water station. Ada 4 dan kalau tak salah aku 1 serve 100 Plus. Tahun lepas hanya ada 3. Selain dari tu utk 1st run course kau tak straight masuk ke kawasan transition macam tahun lepas tapi ada sedikit detour di mana kau masuk di Jalan belakang kem tentera tu, lalu belakang muzium tentera dan ke tepi surau baru ke transition. Aku rasakan ini bertujuan nak elakkan bertembung dengan orang yang dah mula berbasikal atau dah habis berbasikal untuk kategori Sprint. 


Detour dia bleh tahan gak la tambah 700 meter. Semput habaq hang. Tapi sebab ramai jurugambar kene acah-acah cool. Depan kamera wajib lari. Kat belakang  kamera ikut suka la nak berguling ke atau berjalan. 
Habis 1st run course dalam masa 1 jam 13 minit. Pace not bad la dapat bawah 7 min. Terus masuk trasition untuk mula Bike Course plak.

No comments: