9.8.15

Port Dickson International Duathlon 2015 : #FatBoyCanDuIt

Masuk race bukan semata-mata nak menang. Mungkin ni pernyataan untuk orang yang memang tak leh menang tapi bagi aku there is more to life than just winning. Ia adalah keberanian menyahut cabaran dan menghabiskan cabaran tersebut.
Bila dah habis race ni aku fikir balik apa aku dapat? Dapat penat tu memang dah konfem. Selain penat? Bagi aku dapat kepuasan. Bukan senang nak habiskan. Event mencabar, badan gemuk tak fit lagi umpama gajah mengayuh basikal. Selain dari tu aku juga sakit pinggang dari habis event sampai sekarang dan sakit mencucuk kat lutut kiri bila nak berdiri.

Aku cuba juga analisa prestasi tahun lepas dan tahun ni. Walaupun ada improvement, aku cuba jadi analitikal sket . Aku tengok aku amat santai dalam trasition area. Duk dalam 4 minit nak buat apa? Pttnya 2 minit lebih sket sket tu dah memadai. Walaupun untuk ketiga-tiga course tu ada improvement tapi peserta lain pun pasti ada improvement gak. Mungkin lebih dari aku. Jadi tahun depan seperti biasa perlu beat timing sendiri.
Dari segi part lari aku lihat ada kelemahan yang aku kene atasi terutamanya dari segi foot landing dan kick back. Aku masih lagi buat heel strike. Aku rasa masalah ni dah selesai dulu dan dah berjaya buat mid foot strike. Bila heel strike ni kau hilang power dalam tujahan kau. Menyebabkan tak bertenaga dan jadi lagi penat untuk setiap step. Kick back pun takde, so susah nak propel badan ke depan. Benda mcm ni kalau improve bg aku akan naikkan timing aku nanti. 
Untuk basikal plak, masalah krem betis tu satu issue yang kene tackle. Punca dan cara mengatasi pun aku tak tau lagi. Kalau xsetelkan mau tahun depan pun kes yang sama gak. Xkan setiap tahun nak melayan perasaan takut tak dapat habis dalam 1st 10km kan?




Post event ramai gak la yang komplen pasal event ni. Dari segi participants naik hampir sekali ganda dari tahun lepas jadi dengan pasti komplen pun naik sekali ganda gak. Ada beberapa point yang agak valid dari tukang komplen macam security di kawasan transition di mana non participants bleh keluar masuk dgn senang. Kang hilang cika nangis tak berlagu. Yang mahal2 40k sebijik pun ada dalam tu.
Ada gak yang komplen pasal tak dapat makan, katanya ada yang bukan participants masuk dalam race briefing tak dapat kupon dan sebagainya. Yang tu tak leh nak komen sebab aku tak merasai masalah tu.
Pastu ada yang komplen pasal xde checkpoint. Terutama part basikal.Since itu antara course yang tough, apa yang memastikan rider tu akan teruskan sampai 27km untuk uturn atau pusing je mana-mana di suka asalkan dia habis dulu dan ranking lagi baik.
Itu bagi aku aku lebih kepada kejujuran la. Kau nak jadi orang yang macam mana dalam hidup. Ia juga berbalik kepada point utama kenapa kau masuk race. Adakah kerana kau ada keberanian dalama menyahut cabaran atau kau nak lie your way to finish the race.


Akhir cerita ni aku nak buat sesi dedikasi la. Untuk homestay atas penginapan yang baik, sebelum balik siap bagi rambutan lagi. Makan dan bawa balik selagi kau suka. Memang good gesture dari tuan rumah. 
Team mate yang masuk skali pada hari tu. Anas, Rizal, Kayyoi, Azfar, Hezlan. Sebab nampak korang time race la jadi semangat tu. Kalau tak mau tido kat bus stop dah kepenatan. Masa nampak tu ada dua je sebab. Angan-angan ada can nak potong yang depan dan takut kene potong dengan yang dari belakang. Dia punya takut kene potong mcm tengah kejar podium finish aje.
Dan paling penting adalah sokongan dan pengorbanan dari isteri dan anak. Walaupun isteri aku tak paham nape aku sanggup seksa diri masuk race ni dia tetap sokong. Banyak masa dan tenaga isteri dan anak terpaksa korbankan semata-mata untuk aku msk race ni contohnya kene korban masa berjalan sebab aku nak training. xleh kuar ke mana-mana, sentiasa kene masak sebab makan luar ni tak menyihatkan (konon-konon jaga pemakanan) dan banyak lagi. Sesungguhnya tanpa sokongan dan pengorbanan isteri dan anak aku yakin tahun ni konfem tak habis.
Power gila dedikasi aku dah macam menang award dah. Kah-kah kah. Dah habis dah. Panjang sangat cerita ni. Tahun depan aku xnak join dah full. Seksa. Kulit terbako semua. Kalau masuk pun Sprint je.





No comments: