8.8.15

Port Dickson International Duathlon 2015 : 2nd Run Course

Ini adalah d imana ujian bermula. 2nd run ni bagi aku paling memenatkan. Kerana selaku pelari gemuk yang pakai MTB, timing memang dah jauh kebelakang. Jadi secara logiknya masa tu dah panas. Ditambah dengan kepenatan dari berbasikal, kaki masa tu tak dapat nak pegi dah. Masuk kawasan trasnition tu untuk letak basikal dan pakai kasut sukan.. Teguk baki air botol masa basikal untuk bagi energy. Masa ni aku bw dua aje iso gel untuk kegunaan. Aku harap mencukupi. 3.5 minit dalam tempat tu sebelum keluar mula berlari.
Nasib baik ada geng yang habis awal bagi sokongan masa mula lari , naik la semangat sket.




Mula lari je dah naik bukit, pastu ada jurugambar jadi takkan nak jalan je kena la aku pura-pura berlari. Lepas gambar baru la jalan balik. Lari lepas berbasikal 54km ni sebenarnya buat kaki kau macam jeli. Lembik gila. Nak angkat kaki pun susah. Dah macam masuk lumba jalan kaki. Pinggul dengan tangan je gerak tapi kaki tak angkat pun.


Worst part untuk 2nd run course ni adalah route yang azab. Nama je kampung road tapi dah macam roller coaster. Disebabkan tahun lepas pun route sama dan untuk tahun lepas hampir 90 route tu aku hanya berjalan kaki jadi aku cuba plan baru untuk tahun ni.
Strategi aku tahun ni ada tiga. Pertama lari masa turun bukit je. Masa naik bukit konfem jalan. Masa landai ikut mood. Rasa nak lari aku lari, rasa malas aku jalan.Strategi kedua adalah lari kejar orang depan pastu borak kejap sebelum sambung lari balik. Ni saya nak mainkan psikologi aku supaya sentiasa move forward dan lupakan kepenatan kejap dengan berborak. Yang ketiga pula bawa botol air sendiri sebab takut jadi macam tahun lepas tak larat nak lari sebab krem, nak minum air plak dah habis kat water station.
Penambahbaikan tahun ni untuk 2nd run course adalah penambahan water station dari pada dulu ada 3 kepada 5. Bagi aku sangat membantu aku . Setiap tempat aku berhenti minum air walaupun bawa botol air sendiri. Tapi aku amik air kosong je tak amik 100 plus sebab takut senak perut. 
Azab roller coaster bermula dari KM ke 4 sampai ke 6. Turun naik, turun naik. Seksa. Betis macam mau tarik-tarik. Target yang penting habis.
Masa KM ke 7 lebih kot kat water station terakhir baru aku push betul-betul sebab waktu tu dah menuju ke jalan besar untuk balik. Ada satu bukit lagi sebelum turun bukit ke finishing line. Yang menyakitkan hati waktu tu adalah nampak Anas dah siap mandi lepak kat depan homestay. Homestay aku terletak kat laluan untuk ketiga-tiga course. Hangin betul mentang mentang laju. Turun bukit tu cuba la motivate sorang dua yang aku jumpa. Ajak diorg lari sebelum terus ke depan. Bukan apa, bila diorg happy ada senyum secara automatik mood kau pun jadi baik walaupun dah penat sangat. Last 200 meter aku lari dengan sorang brader yang rupanya nombor dia sebelah aku aje. Parking basikal pun sebelah-sebelah. 
Benda paling nikmat adalah bila lari dah nampak finishing line. Dia punya happy tak leh nak cakap la. Tak sabar nak tamatkan seksaan. Nampak timing 5 jam 1 minit masa tu dia punya happy sebab rasanya improve sket dari tahun lepas.
Timinng lari untuk 2nd run course ni 1 jam 19 minit pace 8.53 min/km. Jadilah nak harap pace kenya pun tak bleh. Badan berat, traning xde. Lagipun kulit pan asian xkan nak pace kenya.
Sampai aje 1st skali  amik medal dan posing depan jurugambar peribadi Kayyoi aka jurugambar STC pada masa tu.


Syukur tahun ni habiskan dengan jayanya. Walaupun perasaan DNF tu datang juga kat KM ke 7 dan 9 masa basikal, syukur habiskan . As usual lepas habis kene ada customary picture bagi simpanan kenang kenagan di hari tua. Bleh la nanti citer kat cucu, " walaupun atok gemok dulu atok sempat la habiskan event tak masuk akal ni".



Aku rasa untuk rumusan aku nak citer dalam part 4 plak. Sebab dah panjang sangat membebel. Membebel panjang-panjang bukan ada orang baca baik aku buat  part 4 . Citer sikit je tapi lebihkan gambar.

No comments: