9.10.15

Maxxis Ikon + Rigid Fork

Aku rasa ni paling lama aku tak membebel kat sini. Mungkin sbb takde event yang aku join. Mungkin gak xde masa nak membebel sbb kesibukan kerja dan kehidupan peribadi. Haha.
PCC dah dekat.  Seminggu je lagi. Aku masih mencari fork untuk digunakan ms PCC. Kurang yakin plak nak pakai rigid ms PCC. Bajet constraint dan kecerewetan aku dalam memilih fork menyusahkan aku mendapat fork untuk dipasang.
Akhirnya lepas last round kedai basikal petang td dan tak dapat lg fork yg berkenan, aku decide nak ubah plan.
Tayar depan aku memang dah lama rosak,tak boleh buat tubeless disebabkan ada koyak kat sidewall . Sebagai short term solution dan berjiwa cheapskate aku pasang tiub dan seterusnya guna gam gajah utk sidewall yg koyak.  Bertahan la gak tayar tu untuk 2 bulan.
Disbbkan aku sememangnya perlu tukar tayar utk PCC aku decide utk beli tayar 27.5x2.2 bagi compensate rigid fork. Aku harap dengan levar yg besar sket berbanding yang biasa aku pakai boleh membantu menyerap hentakan terutama masa downhill.
Aku ada buat side by side comparison antara tayar lama dengan yang baru. Gambar sebelah kiri merupakan Schwalbe Rocket Ron 27.5x2.1 dan sebelah kanan Maxxis Ikon 27.5x2.2. Tak nampak banyak sangat perbezaan sebenarnya tapi aku berharap membantu aku masa kayuhan nanti.
Esok pagi dan ahad aku nak mencuba offroad dengan tayar ni untuk lihat camna response semasa kayuhan. Ni kali pertama aku pakai tayar dengan kelebaran sebegini.
Pakai tayar lebar utk compensate rigid fork ni teori aku je. Xpasti plak kalau sebelum ni ada yang pernah buat perkara yang sama. Aku harap teori aku ni berjaya je dan yang paling penting dapat habis PCC dengan selamat.

No comments: