16.9.15

Trail Nilai Impian

Aku sebenarnya dah lama berhajat nak explore kawasan ni disebabkan bila lalu tepi highway PLUS nampak potensi trail yang menarik.Jadi pada minggu lepas aku masuk juga berempat dengan kawan. Tak dapat banyak dalam 19km sahaja dari rumah aku.  Yang masuk pada masa tu ada aku, Azaman, Hamzi dan Amar.
Masuk dari kawasan rumah kedai di Laman Lili dan keluar semula di Nilai Impian Sales Gallery.
Walaubagaimanapun laluan pada masa ni tak dapat nak merasa hollywood sign  Nilai Impian yang gah boleh nampak dari tepi highway disebabkan kekangan masa.





Pada hari ini, cuti Hari Malaysia aku ambil kesempatan lagi dengan geng yang lebih besar ke trail ni. Ada gak la pusing-pusing mencari laluan yang sesuai. Target pada pagi ni hanya nak dapatkan laluan yang berdekatan  dengan Pencawang eletrik dan hollywood sign tu. 
 
Syukur berjaya walaupun ada beberapa hiccup macam tayar pancit dan rantai putus. Bila jadi kejadian mcm ni sempat balik la refresh  memory cara nak repair. Pengetahuan ni  penting sebab nanti kalau rosak dalam trail keseorangan takde sapa nak tolong. 
Sampai juga ke hollywood sign walaupun sorang dari yang join pagi ni tersesat ke arah bukit tower Maxis. Agak confusing semasa climb mencari hollywood sign tu, cuma bila teringat Amar bgtau folo talian letrik, terus dapat jalan yang betul. 






Keseluruhanya trail ni aku boleh katakan tak panjang. Ada laluan lain yang boleh diteroka cuma keadaan agak bersemak dalam tu. Disebabkan  kebanyakkannya adalah trail sawit bila semak-semak ni risau pula kalau ada ular. Kelebihan trail sawit ni pula adalah ia berbentuk pusingan jadi potensi nak sesat susah sket. Yang penting kene cuba buat photographic memory supaya senang ingat simpang yang bersesuaian. Bagi aku kalau nak jadikan trail ni aktiviti kayuhan petang lepas keje sebelum tiba gelap amat bersesuaian cuma kena pastikan bergerak agak pantas. Dari segi bukit  bagi aku cukup memuaskan ada turun dan naik yang boleh dijadikan kawasan latihan. Berita yang kurang menarik adalah disebabkan ini adalah tanah developer Sime Darby jangka hayat trail ni pasti tak lama. Menunggu masa di tarah untuk dijadikan kawasan pembangunan.







No comments: