29.11.15

Larian Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2015 : Kisah yang Tak Jadi

Event di Kuala Kangsar. Fee pun murah rm20. Bila buka terus mendaftar. Perancangan nak ke sana pun dah lama. Plan nak jd ala2 backpackers. Naik train shj. Naik train turun tapak event, amik Racekit, lari dan balik semula naik train.
Tapi itu semua tinggal perancangan semata.
Di kala ini ditulis aku masih di katil bergelut melawan gastrik. Food poisoning yg kene minggu lepas, menyebabkan kandungan asid dlm perut meningkat yang akhirnya membawa kepada masalah lama gastrik.
Seksanya tuhan sahaja yang tahu. Perut umpama di pulas2 macam mengeringkan kain. Tak selesa, sakit dan lemah.
Tiada rezeki nak berlari di Kuala Kangsar tahun ni. InsyaAllah tahun depan jika ada nak mencuba nasib semula. Terima kasih kpd abg kacak anafiah yg sudi mengambilkan Racekit last minit sbb cancel ke sana. Burn juga tiket train ke kuale rm35. Takpe la redha je asalkan kesihatan terjaga. 

No comments: