20.11.15

EE Run 2015 : Dah Lama Tak Masuk Event

Alkisahnya dah berbulan-bulan tak register masuk event. Kononnya tak yah masuk event pun bleh kekalkan momentum rajin bersukan. Rupanya sebaliknya yang berlaku. Jadi malas, jadi makin sihat dan macam-macam jadi lagi. Jadi terpaksa berusaha semula untuk road to redemption. 
Muncul event ni di media sosial, aku rasa ni penganjuran kali kedua dari Suruhanjaya Tenaga. Yuran murah je RM25. Siap dapat vest, medal dan bib dengan timing chip. Kau tak kan jumpa lagi pakej sebegini pada event lain.



Pada race day, terdatang awal plak. Dah terbiasa dengan event yang mula pkl 7.00. Beza event ni mula pkl 7.30 pagi, agak panas dah sebenarnya tapi layankan aje la. Lepak2 jap dengan Ruz, Yuk, Jedi dan Rudy sambil tunggu diarahkan masuk kandang. Dalam 7.20 masuk kandang dan seterusnya sebelum 7.30 dan dilepaskan.
Lari macam biasa, konon2 nak santai pace 7 minit tapi lari main ikut orang depan rupanya dalam km 3 baru sedar dah laju sangat patut la napas asyik pendek je, perut pun asyik krem. Dalam km ke 4 dah tak tahan dan mula slowkan pace. Bermula la episod run walk run.
Putrajaya ni sebenarnya mencabar laluan dia sebab dibangunkan dari ladang sawit. Ladang sawit konfem mempunyai banyak bukit jadi bila struktur jalan raya yang dibina sudah pastunya turun naik bukit. Kalau lalu jalan kat Putrajaya ni pakai motor atau kereta selalunya tak perasan pun turun naik bukit tu.
Water station untuk event ni ada 3 dan walaupun disediakan air sahaja tapi amat banyak. Boleh minum sampai perut kembung. Lagipun lari 10km je, tak perlu la nak sediakan sampai air manis... Marshall pun ramai so tak perlu risau sangat dengan keselamatan. Lagipun event ni pagi sabtu jadi tak banyak kereta di Putrajaya. Ada satu tempat yang ada timing check point dan satu tempat lagi diberikan tali disebabkan ada u turn, kang xde tali ramai yang chicken loop.


In the end berjaya tamatkan dengan rasa seksaan dengan masa 1 jam 9 minit. Lepas event amik air sebotol sebelum ke khemah yang ada goodies bag. Ada la 100Plus, roti, pisang dan beberapa pamphlet dalam tu. Amik gambar kejap sebelum terus pecut balik sebab ada urusan lain pada hari tu. Balik amik report card anak plak..


Kalau tgk chart kat bawah ni untuk 1st 5km nampak konsisten manakala 5km terakhir dah nampak goyah. Banyak position yang kene potong. Masa tu badan pun dah rasa tak larat. Jantung pun dah tak boleh nak cope. Apa-apa pun terima aje keputusan ni. Masa untuk usaha balik untuk cuba dapatkan timing yang seperti sebelum ni.



No comments: