5.12.15

Book 1 of 2015 : Membedah P.Ramlee


Nampak sangat jauh ke belakang tahun ni dalam membaca buku. Dari target awal 12 buku setahun, alih-alih bulan 11 baru mula 1 buku. Ni semua berpunca dari godaan media sosial, terus terlupa nak buka buku.
Pertama sekali tujuan utama aku beli dan baca buku ni sebabnya penulis adalah kawan aku. Post ni mungkin jadi berat sebelah sket.Terima kasih kepada penulis sebab pos buku tu kat aku. Siap ada tandatangan lagi. Personal touch kata orang.

Dari pembacaan aku, aku boleh simpulkan yang penulis ni peminat filem P.Ramlee.Dah tulisannya banyak menganalisa maksud filem-filemnya. Filem-filem P.Ramlee ni sebenarnya sarat dengan maksud-maksud sosial dan walaupun ada yang pernah kupas sedikit dalam catatan di status fb dan twitter aku rasa masih belum ada yang menulis tentang maksud di sebalik filemnya.
Tak semua filem dikupas dalam buku ini sebab nanti konfem tebal macam kamus pula. Filem yang dikupas aku rasakan dipilih berdasarkan filem terbaik dari P.Ramlee dari mata penulis.
Dalam filem kadang-kadang kita nampak tapi sekali lalu sahaja, tulisan buku ni menulis dengan lebih dalam. 
Aku malas nak tulis panjang-panjang sebab nanti takut jadi bias, jadi aku cadangkan kau beli sendiri buku ni dan nilai sendiri isinya. Untuk rekod buku ni banyak masuk carta top 10 di kedai-kedai buku di Malaysia.

No comments: