3.12.15

KBS Jamboree Ride : Racekit

Ini bukan goodies, ini racekit. Kenapa ia dipanggil racekit? Sebab dapat baju, plat dan cable tight je. Semua organizer kene mula panggil ini racekit baru la orang tak marah. Kang tulis goodies, pastu xde goodies pun memang peserta marah. Bagi aku dengan fee RM30 sesuai la dapat baju dan plat sahaja.


Baju bagi aku amat tidak menarik. Warna putih dengan gambar seperti poster event amat biasa bagi aku. Kualiti kain pun bagi aku so so je. Sebab jenis poliester bukan dri fit yang lebih selesa untuk aku pakai. Orang lain mungkin selesa dengan material tu tapi aku tak.


Nasib aku datang awal untuk ambil racekit sebab pergerakan amat slow. Selain itu wajib pula semua yang daftar tunjuk bukti pembayaran. Makna kata kalau tak bawa mengagau la kau buka handphone cari dalam emel atau telefon kawan dan sebagainya. 
Kalau penganjur lain, nama ada dalam list tu kira dah bayar la tu. Tapi lain penganjur lain caranya. Kepada yang belum ambil, baik segera datang dan elakkan waktu puncak kerana aku yakin dengan pergerakan slow di kaunter tu pasti akan sesak seperti event Kayuhan Hari Sukan Negara yang lepas. 
Walaubagaimanapunpun ada pernambahbaikan berbanding cara ambil masa Kayuhan Hari Sukan Negara lepas di mana kali ni yang group diorg dah siap ikat dalam satu bundle. Cuma pengambilan plat satu persatu dan pemberian cable tight satu persatu tu aku yakin akan melambatkan.
Apa-apa pun looking forward untuk kayuh sabtu ni, starting over dari rehat yang amat panjang disebabkan masalah yang sering mendatang.

Starting Area

Route 30km


No comments: