15.3.16

UEM Charity Run 2016 : Cerita Pasal Lari

Event ni sebenarnya bagi aku mencabar dari segi masa. Sebab mula agak awal disebabkan lari atas highway. Bangun awal, gerak awal dan kene sampai awal sebab tak nak mula lewat. Kena pulak malam tu tidor lewat. Nasib perjalanan smooth je sampai walaupun ada tersilap jalan sket. Brader yang jaga trafik pun bagi direction dengan baik jadi senang aku cari jalan nak ke starting line. Nasib baik parking dekat dan toilet belum penuh masa sampai sebab sakit perut gila habaq hang. Kalau tercicir memang aku terus balik. Kah kah kah.

Untuk event ni ramai gak STC yang masuk. Amin, Tedd, Kasa dan Ashabul masuk HM. Aku dgn Ruzaini msk 12km dan Pijan masuk 6km. Yang HM lagi awal mula pkl 5. Nasib baik tak masuk kalau tak konfem tido tepi highway. Utk 12km mula sharp pkl 6.30 pagi. Aku macam biasa mula belakang je dengan Ruzaini. Pecut awal2 nanti semput mau timing sayur. So lari slow and steady sebab dah tau mcm mana pun tak leh menang. Apetah lagi nak top ten.



2km pertama agak sayur la sebab rasa lemah betul tapi aku cuba je maintain pernafasan sebab takut awal2 kene side stiches. Target nak habiskan tanpa berhenti je.Sepanjang lalu highway tu tak pernah perasan pun highway ni ada turun naik. Bila berlari amat azab rupanya. Turun naik dia tak la tinggi sangat tapi cukup la nak bagi rasa seksa sket. 
Bila nampak 1st dan 2nd runner potong dah nak u turn ke finishing line jadi mental gak. Laju yang amat potong dari belakang. Bila dalam 5km macam tu baru la nampak u turn untuk 12km. Nasib baik kat u turn tu ada jurugambar bleh la berlakon berlari sket walaupun tak larat. Kang nampak gambar berjalan masuk fesbuk.
Sepanjang lari macam biasa aku akan stop kat water station cuma untuk kali ni water station pertama aku tak berhenti sebab dekat sangat, tak sampai 1km pun lagi. Cuma kali ni aku minum air kosong je sebab takut sakit perut minum 100 Plus. 
Part lari memang puas hati la sebab jalan punya la besar, kau nak zig zag pun tak dak hal tak kacau orang. Ada sesetengah tempat yang siap 4 lane lagi memang puas hati. Cuma bila u turn dan bercampur dengan pelari 6km dan 3km jadi agak sesak sket. utk 6km dan 3km diorg laluan ke finishing diorg lain sket di mana diorg terus naik flyover ke Exit Subang dan untuk 12km kene ke depan sket ikut laluan 21km sebelum u turn lagi skali sebelum naik ke Exit Subang.


I tak plan pun nak buat PB kali ni cuma bila lari corner naik ke flyover tu tengok jam macam ahead of normal timing, jadi aku cuba la push mana tau dapat henjut sampai PB. Aku harap gambar aku lari macam laju kat finishing tu abg cameraman ambik. Aku rasa masa tu macam usin bolt dah aku lari .
In the end jam aku bagi timing 1 jam 20 minit 52 saat. Cuma tu unfficial time. Dari timing chip, gun time 1 jam 21 minit dan 42 saat, dan nett time 1 jam 20 minit 49 saat. Dari timing tu aku memang puas hati la sebab berjaya perbaiki timing, cuma aku rasa macam boleh pegi lebih lagi kalau aku tak kepenatan pada awal 2km tu. Apa-apa pun berjaya break the record, belum tentu lagi bleh buat PB ni pada masa lain.
Official tee dari Ultron, sedap juga baju dia. terus tak jadi nak jual. Medal plak besar betul , very generous by the organizer dah macam besar medal PD Duathlon tahun 2014. memang berbaloi.




Ada 2 lagi edisi UEM Charity Run tahun ni kat Perlis dan Johor. Aku rasa aku tak masuk sebab jauh sangat walaupun tempting betul nak lari kat Perlis. Johor dah pernah merasa skali. Kalau tahun depan ada lagi nak juga masuk sebab bukan senang highway nak ditutup untuk pelari tapi tak mungkin masuk HM la sebab dengar cerita lari naik Bukit Lanjan tu menakutkan. 






6 comments:

hafdzuan said...

Salam bro,

Nice blog and very informative. Nak tanya pasa route2 trail di sekitar nilai since saya duduk bukit mahkota ... nak cuba trail run di situ .. sesuai ke tak?

Keep up the good writing ..

tq

No Surprises said...

Salam bro, ni member zaidi ye?
kalau kat bukit mahkota pun ada tempat nak trail run . MCP. dalam 4km satu loop. Bleh google kat fb atau dalam blog ni pun ada tulis sket pasal MCP.
Boleh cuba juga masuk ladang ukm. boleh parking kat Komuter Bangi dan ada laluan masuk kat tepi komuter tu.
Kalau kat Nilai setakat ni aku pernah msk Trail Nilai Impian dan Ladang Batang Benar aje.

hafdzuan said...

ha ah ... aku pun rasa macam familiar je .. haha .. ade nak lari trail ke dalam masa terdekat ni? nak join especially kalau ladang ukm, nilai impian atau ladang batang benar tu?

No Surprises said...

at this time being takde lagi. sebab lutut bengkak kene kayu masa broga trail run ahad lepas. tunggu recovery dalam 2 minggu jap pastu baru sambung balik. kalau ada nanti aku roger.

hafdzuan said...

bro ade FB tak .. nak msg senang ... nak tanya2 basal track LBB dgn LUKM

No Surprises said...

ada. cr azam zaki kat fb