22.4.16

Priorities

Pada bulan amat kurang berbasikal. Digantikan dengan berlari. Niatnya adalah untuk dapatkan timing terbaik masa event.
Mengejar mendapatkan timing terbaik bagi aku amat mengujakan dan seterusnya memotivasikan diri untuk push lebih lagi pada event akan datang.
Seterusnya bila badan kau dah accustomed dengan lari pada mileage yang tinggi jadi kau boleh nak set mental utk push diri semasa berlari.
Walaupun the downside adalah bila difokuskan kepada berlari, kemampuan berbasikal terus hilang. Nak menghabiskan 20km pun rasa seperti seksaan melanda.
Pada bulan ni pula, aku mula dapatkan mileage basikal. Lari pun kurang. Xde pulak register mana2 event lari pada bulan ni. Sebab nak dapatkan mileage basikal adalah dah register Event duathlon pd hujung bulan Mei kat Cyberjaya.
Perlahan2 aku cuba mantapkan diri balik. Motivasikan diri sendiri agak tak jadi malas. Jadi adalah improvement dalam basikal banding bulan lepas.
So benda yang sama macam bulan lepas cuma terbalik saja disiplinnya. Lari jadi kurang, xde mileage dan akhirnya membawa kepada kelemauan dalam larian. Semalam aku nak habiskan 12km pun rasa teramat seksa.
Bila memikirkan keadaan dua bulan ni aku merasakan bahawa register duathlon pada bulan Mei tu satu kerja gila. Amat susah sebenarnya nak membahagikan masa untuk kedua-dua disiplin di kala kau juga perlu fokuskan masa dengan keluarga dan kerja.
Aku pun xpaham macam mana aku bleh cari masa dulu utk berlatih msk duathlon. Sekarang aku rasa masa asyik tak cukup je.
Kerja gila duathlon ni semua. Syukur tahan nafsu dari register event duathlon lain selepas raya nanti.
Jadi dengan situasi sekarang ni aku rasa kene belasah je masa duathlon ni. Nak set target finishing time aku tak berani. Sekarang target kepada janji finish je.
DNF is not an option. Haha. Tengok la nanti bulan depan. Fikir banyak2 kang jadi gelabah aje.

No comments: