24.4.16

Ampang Jaya Night Run 2016 : #TeamUltron

Event ni tak masuk dalam jadual. Cuma bila dapat tau Ultron selaku sponsor baju nak offer free slot so aku pun cuba. Kepada sesiapa yang berminat bleh sentiasa ke laman fb/twitter dan instagram Ultron. Kebanyakan event yang mereka selaku official apparel, akan ada peluang mereka offer beberapa slot. Mereka akan suruh kau hantar emel kepada kau patut represent diorg dalam event tu. Aku mencuba dan  berjaya. Mereka offer aku free slot utk 5km.
Aku pada asalnya nak tolak sebab target aku adalah nak dapatkan 10km. Walaubagaimanapun aku  fikir dalam-dalam dan cuba muhasabah diri balik. Tak yah la poyo sangat nak 10km. Apa salahnya amik 5km ni dan cuba buat yang terbaik. Jadi setelah mentarbiah diri sendiri, aku pun accept.


Rakan seperjuangan aku, Tedd yang slalu lari dan kayuh bersama kat Nilai dapat skali free slot ni. Dia lari 10km. So aku gerak sekali dengan di ke tapak event. Nak ke tapak event senang je, parking pun senang. Mungkin kerana aku datang awal so tak la sesak sangat masa tu. Lepas solat maghrib terus ke booth Ultron untuk amik bib dan baju. Disebabkan mereka offer free slot, so adalah wajib utk semua runner pakai baju Team Ultron. Part ni pun untung gak sebab hanya yang pernah jadi sebahagian dalam Team Ultron aje dapat baju tu. Selain tu juga ada customary picture taking session sebelum mula.


Dalam 8.45 10km dilepaskan oleh YB Azmin Ali, MB Selangor. Sebelum tu ada zumba gak. Aku tak perticipate sebab badan keras nak lenggok lenggok ni. Dalam 10 minit lepas tu, 5km dilepaskan pula bersama kategori khas 2km di mana YB Azmin Ali akan lari. 5km pun fun run so aku lari macam biasa je. Cuma bila ternampak YB Azmin kat depan, aku pun kejar. Dalam km pertama dah potong dia dan terus lari sampai habis. 
Laluan mostly flat dengan 1 water station. Laluan bagi aku amat terbaik dari segi marshall, polis yang jaga jalan. Kawasan ni adalah dalam taman perumahan orang, jadi banyak simpang. Dengan marshall di setiap simpang kau takde la rasa risau nak lari. Dah la malam. Kang kene langgar buat naya.  Aku habiskan  dalam  good timing gak bawah 30 min. Lepas tu part paling best adalah makan roti canai. Haha. Mana nak jumpa organizer bagi makan roti canai. Kalori dari roti canai tu aku rasa 2 kali ganda dari kalori terbakar masa lari 5km.

Lepas tu ke khemah Team  Ultron semula untuk customary after event photo. Borak-borak, tukar contacts dan akhirnya sebelum pukul 11 aku gerak balik. Jauh nak balik ni, Singgah Nilai hantar Tedd dulu sebelum  ke Seremban 2. By the way, booth Ultron masa tu diuruskan oleh Bac dan Ariff, Team Captain untuk Ultron Running Movement. Sapa nak info lebih lanjut pasal Ultron Running Movement ni bleh check kat sini. Next program diorang pada 30 April ni.




Terima kasih kepada Ultron untuk peluang ini.Aku harap pasni diberikan peluang lagi dengan distance yang lebih tinggi. 

p.s : gambar adalah dari aku, Tedd dan Bac

No comments: