Aku rasa aku antara yang awal kot daftar. Sebab utama fee murah. RM35 je untuk 10km. Lepas daftar ajak plak kawan2 lain untuk daftar. Selain dari tu peluang lari kat Bukit Cinta dgn fee yang murah pun menarik minat daftar. Walaubagaimanapun somewhere berdekatan dengan event aku rasa tak sedap hati. Tak takde la bagitau kawan-kawan lain sebab tak nak diorg pun rasa down. Punca tak sedap hati adalah kerana lack of updates dari penganjur.
Masa Ruzaini buat collection utk bib dan baju kat UM bagi aku mengesahkan firasat aku. Baju ok sebab dari Ultron, bib plak pakai kain je. Bagi aku pakai kain tu ok lagi sebab zaman sekolah pun pernah guna kain. Cuma tulisan atas kain guna pen marker tu je yang teruk. Macam takde kualiti betul. Atleast bagi la cantik2 sket.
Pada asalnya permulaan event adalah pada jam 8.20 pagi. Mula event lewat ni juga sebab utama aku register sebab nak merasa apa keadaanya lari masa matahari atas kepala. In the end sebelum event diorg ada adjust balik masa ke pelepasan jam 7.45 pagi. Mungkin disebabkan situasa semasa di mana cuaca amat panas dan keluhan dari peserta lain yang minta di awalkan.
Pada hari event, pelepasan dibuat pada jam 7.50, which is ok bagi aku. Mula sahaja terus laluan membawa ke Bukit Cinta yang famous.Di atas Bukit Cinta tu ada satu WS. Turun memang sedap sebab bleh laju. Bila ke depan berdekatan dengan bangunan canselori tak salah aku dah WS yang kedua. Pada masa tu distance aku tgk baru 3km. Pada masa tu aku yakin sangat event ni akan under distance. Laluan kemudian akan membawa pusing satu bulatan sebelum berjumpa semula WS 2 yang juga jadi WS ke 3. Masa kat WS ke tiga tu baru 5k++.
In the end sampai ke finishing line dengan distance less than 7km. Bagi aku sangat gagal. Aku tak mintak pun bagi baju mahal, medal besar gedabak, air sedap setiap water station. Bagi aku apa yang patut dibuat adalah penganjur amanah dengan distance yang dinyatakan.
Aku tak tanya pun sebab under distance masa kat tapak event sebab ada nampak sorang mat saleh tanya tapi tak dapat jawapan. Dari laman fb aku ada tanya tapi xde reply. Ada post terbaru sorang peserta tu tulis penganjur measure distance tu online.Bagi aku dari penganjur yang dari universiti, dan dari pengumuman masa starting dari group fizik ke ape, kegagalan mengira jarak dengan mudah bagi aku memalukan.
UM bagi aku sentiasa menganjurkan event lari yang best setiap tahun di bawah nama Larian Gegar. Cuma event ni aku rasa penganjur yang berbeza, bagi aku gagal dan yang pasti tahun depan selamat tinggal. Aku yakin juga diorg pun takkan buat lagi tahun depan. Saja buat event untuk meet KPI agaknya.
In my part kesilapan aku adalah tak tengok betul-betul penganjur tu dan pada masa yang sama gatal2 masuk event buat apa. Bukannya tak leh lari pun kat situ selain dari time event. Jadikan kesilapan masuk event ni untuk lebih berhati-hati di masa depan.
No comments:
Post a Comment