7.4.16

Yuran Event

Tahun 2016 ni bagi aku serba mencabar kerana ini merupakan tahun susah. Tahun negara takde duit. Kita dibebani dengan kenaikan harga yang macam2 tak terkira banyaknya.
Dalam event basikal dan lari pula menunjukkan trend yang amat tak sihat. Kenaikan fee yang mendadak bagi aku amat menyeksakan poket. Aku mula berbasikal pasal Disember 2009. Seterusnya masuk event basikal rasanya dari 2011. Bermula dari funride yang percuma hingga la cuba sikit2 masuk jamboree.  Bagi kenaikan dalam harga dalam masa 5 tahun ni amat tak masuk akal. Dari mula jamboree rm30-rm40 sekarang dah paling minimum rm60.  Tu belum lagi yang letak harga yang lagi tinggi rm70, rm90 dan ada yg rm100 atas sebab- sebab tersendiri. Aku paham yang kenaikan pasti akan berlaku sebabkan keadaan semasa tapi dengan kenaikan 33% dlm ms 5 tahun memang tak masuk akal. Dulu dlm 2014 rasanya aku pernah kata, yang aku xkan join event basikal yg charge fee rm60. Dua tahun selepas tu iaitu sekarang, aku rasa tak akan ada jamboree aku msk disbbkan fee tu.
Seterusnya pasal event lari pula. Range harga dlm rm30-rm40 utk event biasa 10km. Tapi selepas 5 tahun ada organizer mabuk minum todi yang charge rm98 utk distance 10km. Kenaikan pun dalam masa 5 tahun ni dalam anggaran 33%. Cuma yang membezakan event lari dan basikal pada masa ini adalah masih ada kemungkinan lagi untuk jumpa event yang murah2. Yang penting kene bersabar dan nilai sendiri apa yang bg aku berbaloi untuk register.
Dalam Funride basikal dulu free aje. Sekarang kayuhan 20km pun charge sampai rm50. 
Kita slalu komplen dalam hidup ni harga mahal la itu la ini la. Tapi bila fee mahal dalam event mcm ni kita langsung tak gunakan kuasa sebagai pengguna untuk tolak event macam ni. 
Apa yang kita buat hanya terus komplen dan selepas tu register macam biasa.
Ada sesetengah orang yang katakan aku poyo, bodoh, berlagak bila tolak dari masuk event yang mahal ni. Belum citer lagi ada ramai yang memerli terutama bila aku cuba educate diorg pasal elakkan join fee yang mahal.
Ada orang kata sebab utama aku xmasuk fee mahal2 ni adalah sebab aku tak hebat pun dalam berbasikal dan berlari. Aku xpernah merasakan kepuasan seperti lain di mana masuk event ada pulangan seperti naik podium, dapat ranking terbaik dalam basikal dan lari. Bak kata orang pengayuh santai atau social runner je. Aku akui yang aku memang tak hebat pun dalam kedua-duanya tapi mengenangkan dah berada dlm scene lari dan basikal ni lebih 5 tahun aku rasa cukuplah masuk2 event ni. Setakat nak kumpul medal dan baju dah melambak kat rumah. Baju2 yang hanya pakai sekali dan berjenama hampir semua aku dah sedekah ms misi banjir hujung 2014. Medal dah sekotak kat rumah sampai nak tutup pun susah.
Kalau diikutkan logik distance yang diberikan dalam event lari dan basikal tu tanpa masuk event pun aku boleh buat samada bersendirian atau dgn kawan2 tanpa perlu kos tambahan dengan bayar fee. Jadi buat apa susah2 nak masuk jika mahal?
Aku mungkin tak boleh ajak kwn2 atau orang sekeliling berfikiran macam aku. Cuma bagi aku sendiri sbnrnya dah sudah mengejar Event ni. Masa pun dah berlalu. Poket pun makin lama makin nipis dan berlubang. Dari aku bazirkan dengan masuk event yang mahal2 ni bak aku gunakan duit untuk benda lain yang lebih berbaloi.
Kepada yang lain dan terbaca benda ni, selamat mendaftar event2 basikal dan lari. Kejar la semua event sehingga anda puas. Tiada paksaan pun nak kene setuju dengan tulisan aku. Cuma aku harap kau bleh refleks satu hari nanti kos ribu2 yang kau laburkan untuk basikal, lari, dan register event tu akhirnya berbaloi.
p.s. : ni bukan post sindrom andropos atau orang tua yang grumpy. Kah kah kah.

2 comments:

Janet said...

Hi Azam ! Hope you're well. Please allow me to introduce myself, Janet from IN.Deed Communications on behalf of Lucozade Sport. I stumbled across your blog recently and found it interesting! Thought you may be keen in some of the initiatives we are planning for Lucozade, starting with a campaign launch + running clinic happening next Saturday 23 April.

In conjunction with Nutrition Month Malaysia with the tagline ‘Eat Smart, Get Fit & Feel Great’, No.1 sports drink in the UK Lucozade Sport™ is kickstarting a ‘Fuel Your Performance’ Campaign to educate sports enthusiasts about the importance of hydration and holistic nutrition and also to support the dreams of citizen athletes like yourself.

Happy to get in touch further to provide you with more info. Do feel free to drop me a line at janet@indeedcommunications.com.

Thanks and have a fantastic weekend!

akmalhizam said...

Aku setuju dengan pandangan kau.

Satu yang bagusnya sekarang ni kita boleh pilih event mana yang kita rasa2 berbaloi. Banyak pilihan. Tak macam masa sekitar 2010-2012 dulu. Cuma... susah sikit nak cari event yang kurang dari 500 peserta. Seronok juga kadang2 bila dapat join kayuh jumpa kawan2 yang cuma bersosial di maya selama ni. Tapi apa hal la pulak bila jumpa singletrail kena beratur, dan downhill pun terpaksa mengusung. Adehhh...

Sekarang ni pun aku lebih enjoy kayuh pergi pasar, pergi air terjun, geli2 offroad pendek2 dengan grup kecik. Ada juga di fb yang buat geng Free Jamboree. Basically stemming out of the common gripe that we collectively have.