16.5.16

UKM Eco Run : Barai

Event ni sebenarnya tak masuk pun dalam perancangan.Konon-kononnya nak fokus kpd event yang lebih penting pada hujung bulan Mei. Perancangan asal sebelum ni adalah nak try route Nilai Half Marathon cuma bila tiba peluang untuk lari kat UKM Eco Run ni aku terus amik. Sebab utama aku tau yang kedaan muka bumi UKM ni sedia berbukit. Event ni juga mix between tarmac dan trail. Dengan distance 10km dan hanya 4km sahaja trail so aku pun rasa bleh la amik sebab tak tough sangat. Ladang UKM pun aku dah selalu masuk kayuh offroad so takde la aku risau sangat sebab naik basikal macam bleh pegi je semua laluan.
Malangnya pada hari kejadian segala jangkaan aku tu meleset. Bagi aku ni event paling teruk aku perform disebabkan perasaaan seksa tu datang dalam KM ke 2 lagi. Setiap langkah aku rasa amat berat dan setiap kali aku terfikir bila nak habis. Aku dapt tau yang aku akan masuk event ni dalam seminggu sebelum tu. So dengan hampir zero mileage pada minggu tu, aku cuba la dedicate masa untuk lari pada minggu lepas. Plan asal nak dapatkan hill training sket2 dan mileage untuk bantu lari nanti. Walaubagaimanapun dalam seminggu tu, berjaya lari dalam 8km sahaja disebabkan hujan tiap malam. Nak lari awal pagi sebelum keje memang tak sempat dan nak lari petang pun lagi la tak sempat.
Jadi aku dapat rasakan yang aku amat tak bersedia utk lari hari ahad. Tapi persetankanlah sbb konon2 dah biasa kayuh ladang UKM jadi dah bleh jangka laluannya. Event ni aku msk dgn Jax (tq sponsor bib), Yukhaimi (test garmin fenix 2), dan MKA (comeback run).  Flag off 7.35 selepas warmup dgn zumba. Aku mcm biasa tak buat la. Mana reti zumba2 ni.


So lepas flag off laluan terus menurun bukit, jadi aku henjut lebih sket acah2 menjarakkan diri dgn lain sebab takut nak masuk trail nanti jem. Lepas turun bukit terus dia bagi naik bukit tak sudah2.  Laluan road ni melalui kawasan asrama student dan terus ke bahagian blkg UKM tempat diorg slalu buat research. Bukit kat road tu yang banyak naik dari turun dah cukup buat aku habis nafas. Layan road dlm 4km sebelum msk ke trail. Dlm 1km sblm trail rasanya diorg letak 1 water station. Situ juga tpt kategori 10km dan 5km akan berpecah. Water station pun not bad la ada air mineral, Lucozade dan Bluberry.
Masuk trail je aku dah rasa habis energy betul. Laluan awal2 dalam trail pun mostly flat aku cuba layankan aje. Dari flat sket2 dia laluan tu jadi berbukit. Naik sampai la habis. Masa ni hampir keseluruhan aku jalan kaki je. Dan sket2 je lari. Nafas dah habis, kaki berat, energy xde. Masa tu dalam hati nak jumpa water station je. Kat puncak ladang UKM tu ada water station. Bercawan- cawan aku minum. Dah puas baru sambung lari.
Laluan lepas water station 2 tu mostly turun bukit. Masa tu dah nak keluar balik masuk tarmac.Disebabkan itu aku rasa semangat sket nak habiskan. Keluar trail terus masuk ke kawasan kuarters UKM. Masa di laluan ni akhirnya bergabung semula dengan kategori 5km dan disediakan water station ke 3. Terus turun bukit lagi sehingga ada 2 bahagian di mana kene mendaki atas tarmac. Aku dah tak larat habis jadi hanya run-walk-run all the way. Ada la kawan yang jadi marshall yang amik gambar jadi aku terpaksa la lari, kang kantoi tengah berjalan.


Bila nak masuk semula ke finishing line pun disajikan satu bukit lagi yang aku tak lari langsung, hanya berjalan sehingga aku nampak ada 2 jurugambar terus acah2 lari balik. Harap2 gambar berjalan tak masuk fesbuk. kah kah kah. Finishing line betul2 depan mata baru la aku lari dengan gaya konon2 finish strong.

Syukur betul lepas dari seksaan lari kat event ni. Pada mulanya aku ambil mudah je tapi bila dah terkena dia punya penat sampai ke malam. 1st time lenguh betis sampai ke malam sedangkan 10km je. Masuk Broga Trail Run 15km pun tak penat macam ni. Aku salahkan diri sendiri je sebabkan lack of preparation dan ambil mudah laluan ni sebab konon2 dah biasa kayuh dengan MTB.


Its a good learning experience bagi aku, mengajar agar jangan ambil mudah dan the correct way moving forward adalah dengan banyakkan latihan. Selain tu strong mental game bagi aku paling penting terutama bila kene laluan yang membukit macam ni. Mental aku koyak dari KM ke 2 lagi, mungkin kurang persediaan. Event ni pun bagi aku baik dari segi penganjurannya cuma ketiadaan air kat finishing line kecuali air kelapa dari goodies bag bagi aku mencacatkan sket. Seksa di kala dahaga dan penat tapi takde air nak minum. Dah dimaklumkan kat penganjur dan diharap ada penambahbaikan pada tahun depan.



Lepas ni back to the drawing board supaya bersedia dengan event lain. Aku menjangkakan Lexicon Cyberjaya Duathlon pada 29 Mei yang aku register hari tu akan jadi mencabar disebabkan keadaan cuaca sekarang yang amat panas.Kene pula lari last tu adalah 10km jadi persediaan mental penting selain fizikal.

No comments: