8.5.16

Benda Wajib Dibawa Semasa Mengayuh

Aku lihat skrg macam ada trend di mana bila berbasikal kebanyakan pengayuh tak well prepared dengan beberapa peralatan penting yang bagi aku wajib dibawa dan tahu digunakan apabila perlu. Mungkin faktor utama adalah tidak tahu dan mungkin juga malas nak bawa. Sebab bawa benda ni akan menyebabkan extra weight pada rider.

Jadi aku nak share beberapa benda wajib yang aku sendiri akan bawa semasa semasa mengayuh basikal. Benda ni amat jarang sekali aku tinggalkan dan kadang kala wajib aku bawa ketika kayuhan solo.


Mengikut gambar di atas tu kalau dari kiri skali adalah multi tools. duit, chain link, tyre lever dan patch. Setiap satu mempunyai fungsi tersendiri dan membantu dalam memudahkan kayuhan.

  • Multi tools- macam aku pakai ni brand Topeak, model mini 20. ada macam2 brand boleh dibeli dan jika nak dibeli pastikan ada chain cutter skali. Benda tu berkait rapat dengan chain link. Chain cutter memudahkan kau memotong bahagian rantai yang rosak pabila putus semasa kayuhan.
  • Chain link- untuk menyambung semula rantai jika putus semasa kayuhan. Kalau putus tak kan kau nak menolak basikal balik kan? kalau la jarak tu jauh dari starting point tak ke seksa? benda ni murah je. Aku selalu beli dlm rm10. Ada sesetengah kedai jual rm7 je benda ni. 
  • Duit- kalau nak refill air, makan pabila air habis atau perlukan tenaga tambahan. Kadang-kadang kau rasa tak perlu tapi bila time kau nak guna pasti kau tak bawa. Jadikan habit utk bawa sket duit masa berkayuh.
  • Tyre lever- just in case tayar kau bocor, perlukan tukar tiub jadi tyre lever ni la digunakan untuk bawa keluar tayar kau. Xkan nak guna jari je. seksa tu. Jadi permudahkan kerja dengan tyre lever. Multi tools yg aku beli dah ada tyre lever cuma aku bawa tambahan just incase nak guna.
  • Patch- menampal tiub yang bocor. benda ni pun tak mahal Rm8 sahaja. Macam-macam jenis ada cuma pastikan kau beli penampal yang kuat sket.
  • Spare Tiub- tiada dalam gambar, tetapi amat penting bila berlaku puncture. Tak kira masa kau kayuh road atau offroad, Malang tak berbau jadi beringatlah sebelum kena.


Macam tyre lever dan patch aku jarang guna disebabkan tayar aku dah di setup tubeless, jadi less hassle apabila bocor. Walaubagaimanapun kadang-kadang kebocoran tu terlalu besar untuk ditutup dengan sealant jadi extra tiub berguna. Bila kau nak tukar tiub pada masa tu kau rasa kepentingan tyre lever tu.


Benda ni tak berat pun, macam aku sendiri aku bawa dalam poket sebegini. Sedikit bulky tapi takde masalah bagi aku. Kepada yang tak suka bulky di poket boleh beli beg kecil untuk dipasangkan ke basikal dan letak semua benda ni.
Setip orang mungkin ada pandangan berbeza dan raya benda ni tak penting, Tapi bagi aku baik ada daripada tiada. Time nak guna nanti memang senang.

1 comment:

akmalhizam said...

Sesekali peringatan camni memang perlu. Ada yang tak kisah, tapi rasanya ramai yang tak tahu.

Satu alat yang paling penting, tertinggal pulak:
Pam tangan, ataupun CO2 canister + head.

http://akmalbikepark.blogspot.sg/2010/01/offroad-riding-insurance.html