1.7.16

#jumpaic

Pejabat aku bekerja sedang membuat satu inisiatif baru menggunakan media sosial. Kebelakangan ini ramai orang yang kehilangan kad pengenalan. Sebab kehilangan ada pelbagai antaranya kecuaian, dicuri atau ditimpa bencana alam.
Fi gantian kad pengenalan hilang pula dah meningkat kepada rm100 utk kehilangan pertama,  rm300 utk kehilangan yang kedua dan rm1000 utk kehilangan ketiga dan seterusnya.
Dengan mengambil kira penggunaan media sosial yang amat meluas seperti Facebook, Twitter dan Instagram, pejabat aku cuba menyediakan medium baru di laman sosial bagi membantu golongan yang kehilangan kad pengenalan ini.
Inisiatif ini dipanggil #jumpaic. Jika anda kehilangan kad pengenalan anda msk ke mana2 media sosial taip #jumpaic dan tekan butang search. Anda berpeluang menjumpai kad pengenalan anda jika kad tersebut dijumpai orang lain dan dimuat naik ke media sosial menggunakan #jumpaic.
Inisiatif ni berfungsi dua hala. Membantu orang yang kehilangan kad pengenalan dan membolehkan orang yang terjumpa kad pengenalan orang lain membantu memulangkan kad tersebut dengan hanya menggunakan #jumpaic.
Ia sebenarnya mengambil pendekatan konsep viral di media sosial yang sentiasa berlaku setiap hari.
Harapan aku adalah #jumpaic ini dapat memberikan kesan kepada orang ramai. Walau bagaimanapun, bantuan orang ramai dalam sentiasa menggunakan #jumpaic ini penting bagi memastikan ia tersebar luas.
Ayuh kita sama- sama membantu.
Cari kikmercu2016 di Facebook, Twitter atau Instagram untuk info lanjut dan maklumat terkini.

No comments: