9.8.16

Half Marathon in 2016

Last aku masuk event dengan distance Half Marathon adalah pada 2014. Event BSN Putrajaya Night Marathon. Azab nak habiskan time tu. Selepas tu aku stop terus masuk HM atas faktor kesihatan. Lutut dah tak berapa nak ok balik. Distance yang aku masuk pun dalam paling jauh 15km sahaja. 
Masalah lutut ni sebenarnya lama dah, sejak 2003 lagi. Bila mula berbasikal penghujung 2009, sakit tu mula menghilang. Kemudian belajar berlari disebabkan lutut dah ok balik. Fast forward ke 2014 aku rasa lutut dah tak bleh nak tahan. So langkah terbaik adalah untuk stop dan rest secukupnya.
2016 aku rasa nak kembali semula ke HM. So aku ambil langkah berjaga-jaga dalam berlari. Baby steps. Ambil distance pendek-pendek dan tingkatkan mengikut keselesaan. Tak nak terikut-ikut dengan rentak orang lain yang akhirnya mungkin menyakitkan lutut aku semula.
Jadi aku buat kerja gila register utk TM Fan Run 2016 which is 2 minggu lepas raya. Preparation pun ala kadar sebab masa tak mengizinkan. Ankle plak yang sakit sepanjang time puasa. Tak dapat nak LSD langsung.So aku hanya maintain fitness dgn berbasikal sket time puasa.
So masuk TM Fan Run aku tamatkan HM dengan masa 2jam 38 min which is 12 minit off timing terbaik aku masa 2013. Tapi aku terima la dengan latihan yang ala kadar result mcm tu yang akan dapat.


Next two weeks, ada kawan nak jual bib utk SCKLM HM, so aku pun cuba nasib utk lari. Dah set awal2 bahawa utk ni bukan nak kejar timing tapi support kawan yang masuk event dan distance yang sama. So dari 2 yang register hanya satu datang sebab sorang lagi over slept. So timing actually not bad dalam 2 jam 59 min (gun time). Tolak time solat subuh dan toilet break, jam aku bagi timing 2 jam 43 min. Not bad la mengambil kira aku lari pace santai dan distance pun terlebih dalam 1km. 





Most important part bagi aku bila masuk event ni adalah to finish in one piece. No injuries yang akan menganggu urusan pada esok hari. Sebab kita weekend warrior, ada keje pada keesokkanya so to finish in one piece,no injuries and no fatigueness tu bagi aku kejayaan sebenar.

Kawan dah mula meracun masuk FM. Mungkin dari excitement mereka baru tamat FM dan juga event2 FM banyak juga yang akan datang. Tapi aku seperti biasa nak go on my own pace. Sebab main concern aku lutut kiri je. Skali sakit 2 tahun tak berlari. Seksa fizikal dan mental bila injured sendiri yang tanggung. So aku tak nak nanti bila sakit lutut akhirnya kene surgery dan akhirnya kene tunggu lama untuk recovery. Merugikan sebab aku tak boleh buat benda yang aku suka which is cycling and running.

Lets see apa event seterusnya yang mungkin aku masuk. Aku nampak macam Compressport HM kat Cyberjaya tu macam menarik. Elevation pun lazat. Harap2 ada rezeki nanti.

No comments: