Ni pandangan ikhlas aku. Selaku casual runner. Selaku orang yang lari short distance, tak pernah FM, Ultra. Selaku orang yang tak reti berenang so xmungkin msk triathlon. Selaku orang yang berat, berlari slow dan tak mungkin naik podium, dlm kategori top ten mahupun top 100 sekali pun.
Kepada beberapa orang yang mungkin terbaca, feel free to disagree as this is a free country.
Aku nak straight to the point. Bagi aku kalau kau nak masuk event lari waima apa distance sekali pun tapi tak put in effort kat event tu dengan berlari dari awal hingga habis baik kau xyah masuk. Kalau kau setakat masuk event tapi lari hny 100m pertama pastu jalan chit chat, pimpin tangan, dating kejadah, main pokemon go baik kau xyah masuk.
Bila register tu kene la ada sebab yang munasabah. Nak healthy living ka? Nak kuruskan badan, nak dptkan timing terbaik dan apa sahaja.
Kalau masuk hanya kerana kawan kau ajak masuk atau medal dan baju lawa baik kau duduk rumah main goyang telor.
Aku dapati dah jadi trend benda ni sekarang. Register sbb kawan ajak. Tak training, masa event jalan kaki dari mula sampai habis. Ayat selamat yang penting finish. Aku nampak trend ni berlaku sebab aku bukan pelari yang pantas, jadi bila masuk event kedudukan mula aku yang paling belakang skali. Kalau dr mula kau dah jalan kaki, whats the point register? Put an effort in training and at least put a effort in running the course.
Belum nak cerita trend kiasu main register event membabi buta tanpa usul periksa kepada details event, background organizer atau nilai kemampuan diri.
Aku rasa Runners ni dah mula jadi jakun dan batak masuk event. Kalau setakat masuk kerana kau ada duit nak register baik xyah la. Kau bw duit kau beli McD lagi bagus.
Aku xnak masuk part organizer sebab bagi aku diorg sejak azali memang profit oriented, jadi diorg mana kisah pun pasal organizer. Selagi ada orang register event, poket diorg senang.
Perangai sebegini kadang2 buat muak nak masuk event. Sama sebab aku muak msk event basikal. Attitude cam haram. Semua bajet bintang.
Nak kata pasni aku tak register event bagi aku xda la sampai ke situ. Sebab event ni ada kelebihannya jika kita jadikan sebagai kelebihan. Kalau kita jadikan event untuk kita benchmarking diri ia akan jadi kelebihan.
Kalau jadikan setakat tempat kau nak jalan kaki borak2, jalan dating dgn couple, masuk utk medal dan baju sebenarnya baik TAK PAYAH masuk.
Ubah attitude anda!
No comments:
Post a Comment