5.9.16

Rumah Mahal

Ramai yang komplen rumah mahal. Tak mampu nak bayar bulanan. Nak dptkan pinjaman.
Aku dulu tahun 2011 ada beli sebuah rumah menggunakan loan nama isteri sbb masa tu aku tak sah dlm perkhidmatan lagi. Kalau diikutkan mmg tak mampu nak bayar bulanan. Pastu belum campur perbelanjaan nak dptkan rumah tu lg mcm bayar kepada peguam, persiapan masuk rumah dan lain2.
Aku disbbkan rasa duit tak cukup utk bayar bulanan tak berminat nak beli walaupun kelayakan isteri aku utk dptkan full loan rumah tu mencukupi.
Abah aku paksa juga. Dengan berat hati aku teruskan. Susah juga hidup lepas mula bayaran bulanan. Tapi Alhamdulillah duit masih mencukupi. Tak mewah tapi cukup2  setiap bulan. Kawan aku kata tu surviving. Aku setuju. Aku juga anggap itu rezeki dari Allah yang sentiasa mencukupkan perbelanjaan bulanan aku.
3 tahun juga nak survive Tapi syukur sekarang dah lega sket.

Sekarang pada 2016 aku kembali semula buat perkara yang sama. Kali ni aku beli rumah menggunakan kelayakan aku pula. Pusingan sama kembali. Aku sekarang dalam fasa surviving dan aku yakin Allah akan bantu aku dalam menghadapi dugaan mendatang dalam 3 tahun ni.
Kadang- kadang kita kene amik leap of faith utk perkara ni. Sebenarnya perbelanjaan kita cukup tapi kita rasa tak cukup sebab dihabiskan dengan benda2 yang belum tentu kita perlu.
Kepada yang belum memiliki rumah dan berminat  untuk membeli rumah teruskan. Sebab yang penting bagi aku adalah kelayakan untuk pinjaman mencukupi dan bayaran bulanan tak melebihi separuh gaji anda. Seterusnya berdoa dan tawakal kepada Allah. Insya Allah you will survive.
Terima kasih kepada isteri aku, anak, kedua-dua ibu bapa yang banyak menyokong. Mereka adalah sumber kekuatan selain memohon bantuan yang maha esa.
Selamat berjaya kepada yang lain dan doakan juga aku berjaya.

1 comment:

Z!eMr3j@B said...

rumah makin mahal.tanah nak mati pun tak ckp.semua utk keperluan yang hidup.
bina rumah mahal2.ada org mampu milik..ada org mampu tgok.
ada org takde rumah...

moral.
#syukur kita masih berumah. Alhamdulillah.