21.12.16

Bangi Loops


Event ni memang aku tunggu-tunggu atas 2 sebab utama. Pertama, fee murah gila RM10 je. Fee murah ni come with a catch la iaitu takde medal dan baju hanya ada plat no dan makan lepas ride. Bagi aku ni no issue sebab medal dan baju ni buat penuhkan almari dan kotak je. Kedua laluan yang digunakan adalah kat area Bangi, Jenderam, Nilai Spring, Sungai Buah which is berdekatan dengan rumah aku.



So event bermula dalam jam 8.15 pagi Sabtu lepas di Impian Putra dan terus kayuh road dalam 3-4km macam tu sebelum masuk single trail. Lepas tu mula pendakian atas tarmac. Kata penganjur dalam 1.7km juga jaraknya. Memang azab, rasa nak pecah dada ni. 


Puncak tarmac tu terus mcm atas gunung rasanya dengan kau bleh nampak highway elite hujung bawah tu. Selepas tu dihidangkan single trail dan downhill yang panjang. Ada certain part aku tolak je sebab terlalu menggerunkan, maklumlah aku pakai rigid je. 




Lepas downhill dah masuk kawasan jenderam di mana laluan adalah mengelilingi bukit tok 4 rashid. Tak naik atas tapi mengelilingi tepi kaki bukit tu je. Terima kasih kepada penganjur sebab tak membebankan pengayuh dengan bukit lagi. Laluan berikutnya mostly flat dan laluan area sawit. 




Berenti seketika kat area kolam air. Ada perumahan baru kat situ tapi tak pasti namanya. Berteduh di bawah rimbunan buluh sementara nak reduce gap dengan yang belakang. Kat sini la sedikit hiccup berlaku di mana satu group yang tunggu tu terputus dgn lead group menyebabkan semua hilang arah tujuan. Aku dalam group yang tercicir tu.


Out of frusturation kami beramai-ramai decide untuk patah balik ikut on road ke starting point. Aku sejujurnya kecewa tak dapat habiskan full loop 40km. Pada masa tu baru 25km dan in the end aku hanya dapat dalam 35km je. Kecewa punya pasal aku terus makan bila sampai, kemas basikal dan balik. Balik rumah terus mandi sebelum bantai tido sampai la petang. Huhu.


Cuma kalau ada marking yang jelas pada waktu tu mungkin masalah ni tak berlaku. tapi apakan daya kita hanya merancang, tuhan sahaja menentukan. Apa-apa pun aku ucapkan tahniah kepada penganjur atas keberanian anjurkan event sebegini. Fee tak tinggi tapi kepuasan pasti diberi.
Aku harapkan kalau team penganjur nak kayuh balik route ni roger2 la supaya aku merasa full loop diorg.

No comments: