23.12.16

Lenggeng Fun Ride 2016



Event ni sehari lepas Bangi Loops sebenarnya. Aku berani masuk disebabkan konsep ni pun fun ride aje. Distance pun 20km jadi bleh la masuk. Daftar RM10 sahaja. Fee murah mungkin sebab anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Majlis Perbandaran Nilai.



Pada asalnya nak kayuh dari rumah tapi disebabkan flag off 7.30 pagi aku rasa malas nak kayuh dalam gelap2 lepas subuh sorang2. Kang kene sergah dengan momok mau tekujat aku.


Anyway dalam 7.45 pagi  pelepasan dibuat dan kalau tak salah aku dibuat oleh YDP MPN. Laluan ni aku sebenarnya dah biasa lalu masa kayuhan rutin malam so dah tau la kat mana ada bukit dan kat mana landai. So aku slow2 je kayuh dan hanya tekan sket kat bukit. 



Bleh puji event ni sebab ramai orang jaga di simpang samada staf MPN atau polis trafik. Signage pun cukup. Water station ada satu cuma aku tak berhenti kerana diorang bagi aku dalam botol. Part ni bagi aku membazir. Patutnya bagi dalam cawan je. 500ml kau nak minum banyak mana pun masa atas basikal. Jadi banyak yang buang  botol tak habis airnya tepi jalan  Ni pun membawa kepada pembuangan sampah merata2.


Sampai ke finishing terus diberikan medal oleh barisan YDP,Exco, YB Lenggeng dan Ahli Majlis. Boleh diouji la mereka ni sebab tunggu hingga rider terakhir sampai baru diorg duduk. Lepas tu formaliti sket bagi ucapan, lucky draw dan seterusnya makan nasi ayam masak merah sebelum bersurai.
11.30 dah siap-siap mandi kat rumah tunggu masa nak tido je haha. Suka betul aku dengan event yang habis awal ni.
Aku harap tahun depan diorg buat lagi la tapi pilih lokasi lain sket supaya ada la merasa kayuh kat pekan-pekan kecil dalam Nilai. Good exposure utk orang luar dan juga aku.




No comments: