27.12.16

NS Nature MTB 2016 : Gomeh 2.0


Sepanjang tahun 2016 ni aku tak register pun satu event jamboree. Sebab pertama adalah aku malas nak register event jamboree yang fee nya adalah lebih daripada RM50. Kemudian ada satu insan terpuji bernama Aizad Radzali yang membantu dengan bagi bib dia disebabkan dia tak dapat datang pada hari yang sama. Terima kasih atas tajaan bib ni. Aku amat terhutang budi. 

Kemudian mula lah drama acah-acah persediaan untuk jamboree. Tapi last minit habis la sebab seminggu sebelum event baru nak pulun kayuh. Sebelum tu hanya dok makan ja. Dapat la sket2 mileage sebelum event. Dr fb page aku tgk map laluan lebih kepada konsep fast trail dengan 44km keseluruhan laluan. Kalau fast trail ni, fitness la jadi penentu keupayaan kau masa kayuh nanti.




4 orang dari STC masuk pada kali ni iaitu Ruz, Pejal, Yuk dan aku. Kayyoi ada masuk juga cuma di represent team LSK Cyclery utk jamboree ni. Permulaan seperti yang dijanjikan pada pukul 8. Timing tu bagi aku memang just nice. Sebelum flag off ada la acara spt biasa macam bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku

Lepas flag off di bawa road dalam 5km sebelum mula tarmac + tanah merah. Area ni tricky sebab lubang ada kat mana2 dan kalau tersilap langkah masuk lubang macam2 bleh jadi. Disebabkan banyak lubang dan laluan turun naik maka banyak la botol2 bergelimpangan sebab terjatuh masa berenjut.
Aku diberitahu bahawa malam sebelum tu hujan turun dari 4 petang sampai 1 pagi jadi faham2 la trail macam mana..Lecak tak leh nak dikata dengan certain part slip dari basikal sebab terlalu licin dan ada tempat memang unrideable sebabkan terlalu lecak dan takde grip. Nak buat camne kau tolak aje la part tak leh kayuh tu.

Ada 2-3 kawasan yang aku sendiri 1st time merasa iaitu lalu bawah jambatan dengan air naik paras lutut malam sebelumnya dan ada lintas sungai paras pinggang . Tu belum dicampur part kau kayuh separuh badan tenggelam dalam air. Part kayuh dalam air tu yang buat peha dan betis aku nak krem. Penyudahnya bukit last banyak yang tolak.
Penganjur memang deliver la seperti dalam poster bertulis "race edition". Memang dari awal sampai habis kau kene race. Aku sendiri mampu nak push sampai ke KM 30 saje. Lepas dari tu energy habis nak kayuh pun azab. Bila otak kau suh pegi tapi badan dah tak larat akhirnya benda mudah pun jadi susah. Naik bukit yang tak tinggi mana pun satu struggle yang seksa nak dihabiskan.
Pada masa kayuh dalam KM ke 20 macam tu aku nampak macam boleh habis dalam 2 jam 30 minit but pengahirannya hampir 3 jam juga dalam trail. Last rider aku nampak sampai finishing line dalam 6 jam 15 minit which is gila. Kalau aku mau energy depleted habis dan dah naik lori atau ambulans.
Its a good race dengan penuh cabaran dari awal sampai habis. Kalau nak disebut satu persatu cabaran tu mau tulisan ni jadi 4-5 part. So disebabkan bukan ada yang baca kan pun aku buat pendek je la. Lenguh jari nak ketuk keyboard.
Penganjur memang belanja rider bukit-bukit yang tak tinggi tapi bila kau dah tekan awal2 laju dan seterusnya kayuh dalam keadaan berselut pastinya bukit tu jadi seksa nak dihabiskan. Kayuh atas railway ke finishing line pun satu yang unik cuma untuk aku pengguna fork rigid ni amat menyakitkan dan melenguhkan bahu.

Lesson learnt pada event ni adalah pastikan your fitness up to par dengan  apa yang kita masuk kalau tak jadi macam aku la. Setiap KM bermula dari KM ke 30 tu adalah satu seksaan. Memang setiap masa aku tengok meter harap2 dah sampai 44km.  
Ranking pun tak bagus disebabkan dah takde tenaga. Ramai betul potong aku di kala aku dah tak larat tu.

By the way, Kayyoi berjaya dapat tempat ke 7 dalam kategori men open. Tahniah. Buat 3 yang lain, Yuk sampai dulu diikuti aku , Ruz dan Pejal.
Mungkinkah tahun depan nak masuk? Kita tunggu kalau ada penaja. Kah kah kah.
Sekian cerita saya sebelum opsizen 3 bulan sebab baby nak keluar dah bulan 1 ni. Elakkan basikal dipotong tiga oleh ibu yang sedang berpantang.


No comments: