15.5.17

Nilai Half Marathon 2017 : Larian di luar Jadual

Ni event tahun kedua dibuat di Nilai dan kalau tak salah aku dari penganjur yang sama iaitu Kelab Kebajikan dan Rekreasi MPN. Last year nak masuk tapi ada orang offer bib UKM Eco Trail Run. This year nak register tapi event plak mahal gila. RM70 untuk baju cotton without finisher tee. Bukan demanding tapi membanding. Event lain dgn fee yang sama memberikan baju dri fit dgn brand pakaian sukan beserta finisher tee. So this event is a no-no register untuk aku.

Fast forward ke seminggu sebelum event, nampak ads ada orang nak jual bib ni, so aku dapat la dengan harga diskaun. Selain tu ada juga kwn2 lain yang register juga event ni so bersemangat la sket. On the week tu pun xde buat apa2 LSD dan sebagainya sebab lutut masih recovery dari KOKK, cuma ada la sket2 slow run.


Since event ni dekat sungguh dengan rumah, aku bleh la lenggang kangkung lek2 je sampai lambat. Amik Tedd dulu kat rumah di sebelum park kat Dataran Nilai. Event ni tempat finishing dan starting tak sama so atas nasihat Tedd aku park kat tempat finishing. Takde la jauh nak menapak kengkang kalau park kat tempat starting. Anyway ada isu kete kene pecah juga kat event ni. Perkara yang penganjur kene amik berat. Bila kete banyak park, ada possibility orang nak ambil kesempatan.
Kat tempat starting berjumpa juga dengan kwn2 lain macam Amin, Anas, Amir dan kawan baru. Untuk event ni medal limited to 1st 1000 runners sahaja. Bila beratur starting line nampak tak ramai orang so lega sket. Cuma event ni hadiah hingga top 50 setiap kategori so ramai top runner yang turun. Aku ingatkan yang power semua dah tapering untuk SCKLM which will happen this week, rupanya ramai juga yang turun.
Flag off tepat jam 7 pagi. Awkward timing sebenarnya event ni. Untuk HM usually after subuh pkl 6-6.30 memang just nice. Ada juga yang sebelum subuh dah mula. Event ni pkl 7.15pg asalnya untuk flag off tapi diubah ke pkl 7 atas rungutan peserta. In other aspect aku rasa bagus juga flag off lewat ni sebab Nilai ni banyak lampu jalan tak berfungsi, which yang kelakarnya bawah bidangkuasa MPN sendiri. For example area Batang Benar awal pagi event tak berlampu, kalau fast runner tgh lari area tu konfem berbahaya.




Untuk 4km pertama aku rasa aku lari more than my normal pace. Time tu pace 6.34, which amat tinggi tak sesuai untuk habiskan full route. So aku slow down dalam KM 5 untuk regroup dengan Tedd dan plan nak lari dengan dia. Masa tu yang lain-lain tak yah cakap la, semua dah jauh ke depan.
Baki laluan tu bagi aku suffer sebab 4km pertama tu tak folo normal pace. Cepat pijak pedal minyak makin cepat minyak habis.Huhu.Aku set goal aku adalah untuk reach every water station je which disusun setiap 3km apart. Semua mostly tepat every 3km kec kat KM 12 tu jauh sket dan buat aku pecah mental. Water station ok cuma bagi aku tak perlu la bagi towel dan ice pack kat sesetengah water station. Membazir kerana dibuang je kat tepi jalan oleh runner. Bagi span yang direndam dalam air berais cukup dah. Murah dan mudah. Nampak bertaburan towel atas jalan raya, ice pack pun orang buang macam tu je. Dah la kat water station tong sampah takda. Mentang2la  pembersihan kwsn di Nilai bawah kontraktor dilantik MPN, semua dok suh buang tepi jalan ja sebab ada yang akan sapu.


Most bukit kat area Nilai ni adalah pada suku terakhir route ni which pada KM ke 14 aku dah muak habis nak lari. Tengok bukit memang semak. Setiap bukit tu aku hanya jalan atau acah-acah power walk.  Stretch Jambatan sempit Batang Benar, Nilai Inland Port ke kawasan industri Taman Semarak amat menyeksakan. Rasa macam dah dekat tapi jauh sungguh nak sampai.




Bukit last jalan utama nilai naik ke McD memang aku tak lari. Panas pun satu hal. Energy dah habis, mental pun dah out. Sebab Tedd teman je la buat aku nak lari sket tu pun time di lari. sampai ke Dataran Nilai rupanya kene pusing satu round dataran tu sebelum sampai finishing. Timing pada jam 2 jam 55 min. Fuh. Misi sub 3 tercapai. Trendnya makin lama lewat untuk aku finish event HM ni. Tu tanda kenderaan semakin berat, kudrat semakin hilang dan mungkin tanda perlahan2 perlu ditinggalkan arena larian.




Selesai route Nilai ni, sesiapa yang belum pernah try kot tahun depan ada lagi dan tak mahal jangan lupa register. Ramai yang power2 pun terasa dengan laluan berbukit di area Nilai walaupun tak setanding bukit di Kinrara.


Tq Nilai HM tahun depan nak jadi pompom boy je. Support orang yang berlari. Tu pun kalau ada dibuat lagi event ni tahun depan.





2 comments:

hafdzuan said...

Event ni best sebab dekat dengan rumah dan start lambat. Air pun spacing ok. Tapi tshirt dengan towel kecik tu agak amatur sikit. Route dia mmg syok untuk training LSD bukit.

Anyway congrats!

No Surprises said...

ant sebab utama nak lari ni sebab nak merasa route berbukit tu. sebab nak lari time biasa mcm merbahaya. tapi cukup la merasa sekali je bukit ni. azab sungguh