12.9.17

Bukit Besi

Bukit Besi ni terletak kat area Sungai Besi. Kalau kau lalu Highway Plus Sg Besi ataupun MRR2 berdekatan Bandar Tasik Selatan kau akan nampa ada bukit tinggi sebelah kiri yang ada Tower di atas dia. Ada dua laluan di mana satu laluan not accesible to public dan yang kedua boleh lalu. 1st laluan tu kau bleh kayuh sampai atas skali .Yang kedua ni lebih kepada trail running dan hiking sahaja.



Tempat naik yang kedua ni maha dekat dengan rumah mak aku tapi tak pernah berkesempatan nak naik. Hari Kebangsaan yang lepas, aku gagahkan diri naik atas dengan adik aku untuk kali pertama. Kepada yang nak naik tempat paling mudah nak cari adalah OCBC Alam Damai, Cheras. Park situ dan kemudianya cari laluan masuk di sebelah kondo seberang daripada OCBC tersebut.


Laluan permulaan terus bukit tapi jalan tar sehingga jumpa tangki air sebelah kanan . Sebelah tu ada trail mulanya Bukit Besi tu. Dari mula bawah sampai ke puncak di mana aku sampai kat Tower tu dalam hampir 1km dan laluan agak mudah walaupun mendaki sahaja. Certain part kau bleh lari dan certain part mostly kau kene hike sahaja.
View Puncak
Sampai puncak aku terjumpa satu group yang naik ikut laluan lain. Bila tanya diorang rupanya ada lagi satu jalan untuk sampai ke puncak yang sama. So aku dengan adik aku decide untuk guna laluan tu sebab kata diorang laluan agak mencabar gak. So dari tower tu hanya turun sahaja all the way down sampai ia membawa kau ke air terjun kecik di sebelah kanan. Jalan turun tu kene hati2 juga sebab ada akar-akar kayu taku tersadung konfem guling2 ke bawah. Air terjun tu air pun tak banyak mungkin juga sebab cuaca panas je seminggu tu. 

Kemudian bermula laluan naik ke atas semula. Part ni bagi aku azab.All the way naik sahaja. Beberapa kali gak aku berhenti sebab jantung laju sangat sampai adik aku kene tunggu aku. After dalam 10 minit mcm tu baru la sampai ke laluan tanah rata jalan tempat banyak orang melepak sebelum teruskan jalan ke puncak. Pada asalnya aku ingatkan senang je naik bukit ni rupanya aku pilih jalan yang agak salah untuk ke puncak. Walaupun sampai atas tapi cabarannya kurang sama. So sapa yang 1st time naik bila kau hike dari bawah dan jumpa tanah rata di mana ada meja kau belok kanan dan cari jalan turun bawah melalui hutan kanopi. Jalan tu yang aku lalu dan bw juga ke puncak ada tower tu. Kalau kau jalan terus je ke aras meja tu akan bawa kau sampai puncak dengan jalan yang agak mudah.

Utk ke puncak kat sini belok kanan untuk laluan sukar dan terus untuk laluan mudah
Sampai area tanah rata tu aku amik gambar sket dan gerak balik rumah sebab dah malam. Time tu nak kejar promosi stabak buy 1 free 1 sempena Hari Kebangsaan.





Laluan ni best juga walaupun kat puncak ada Tower tu xde la view 360 degree. Kau dapat satu view di mana kau nampak bawah dan hujung di horizon tu nampak la KLCC dan KL Tower. Apa2 pun tempat ni still best sebab area hutan kanopi tu masih dara. Sepanjang laluan memang kau tak nampak langit tertutup habis. Will come by again bila ada kelapangan lain. Nak cuba guna laluan susah untuk naik atas plak.


No comments: