14.9.17

Skechers GoRun Ride 5 : Review yang Orang Tak Kisah

Review yang Orang Tak Kisah kembali lagi dengan edisi kasut Skechers GoRun Ride 5. Seperti biasa orang yang tak berduit macam aku akan sentiasa membeli produk offseason yang dijual dengan harga murah. Kasut ni dibeli atas dasar kasut subsidi pemberian kawan aku Jedi dah hampir tamat riwayatnya. Kasut Skechers GoRun Ride 3 dah mencapai lebih 500km dan haus tapak, span dalam kasut pun macam dah menipis.

Masa 1st run

Masa 1st run

Survey punya survey atas dasar kesetiaan tak berbelah bagi aku pun beli la Skechers GoRun Ride 5. Kasut terkini adalah edisi no 6. Amat selesa di pakai edisi no 6 tu cuma poket kurang selesa untuk membayar RM499 untuk sepasang kasut. So akhirnya amik la edisi no 5 yang berharga RM299. 
1st run aku layan 5km je dulu untuk recovery run event Mens Health  Womens Health Night Run. Nak pakai terus masuk event aku tak berani. 1st impression aku time tu amat tak meyakinkan. Aku rasa macam makin penat berlari dengan kasut tu. Disebabkan itu adalah recovery run so aku beranggapan aku belum recover sepenuhnya dari lari HM hence rasa penat berlari. Jadi aku rasa kasut ni perlu diberikan peluang lagi.
Masa tu aku ada next event IJM Highway Duo Challenge Besraya yang aku dah register, so sesuai kalau aku gunakan kasut tu time event ni. So aku buat juga beberapa sesi lari dengan kasut tu. Dapat gak lari paling jauh dalam 11km masa tu. Time 1st event lari menggunakan kasut ni aku rasa out habis. Review time event tu ada kat sini. Sesalan dah tiba pada masa ni. Adakah sebenarnya aku tersilap beli kasut? Adakah kesetiaan aku pada satu jenama tak dibalas dengan baik? Ataupun adakah ini hanya masalah mental je xde kaitan dengan kasut.
So on the next event IJM Land Seremban 2 Half Marathon aku terpaksa lenjan balik kasut lama yang akhirnya menyebabkan melecet tapak kaki. Nak tak nak aku kena cuba juga kasut ni. Last week masa IJM Highway Duo Challenge NPE aku pakai gak kasut ni.
Dari segi cushioning bagi aku agak nipis berbanding kasut aku sebelum ni. At one point rasa lemah gak kasut ni sebab kurang cushioning. Dari segi bounce dia kau rasa masih sama macam yang aku rasa kat Besraya. Which make me work harder untuk propel forward. Terpaksa guna lebih tenaga. Time event tu hujan so kasut aku amat responsif dengan hujan yang turun. Tak ada basah. Cuma basah bila terpijak lopak air menyebabkan air masuk dari tepi.
Part ni bagi aku amat mengecewakan, durability tapak kasut. Bagi aku sangat terus. Less than 100 km dan mula tapak kasut tu haus usually di tempat biasa belah belakang luar. Slalunya kasut lain ambil jarak more than 100km baru tapak nak haus. Aku tak sure la samada di mengejar keringanan kasut hingga sacrifice durability pada tapak kasut tu.

gambar tapak kasut selepas 130km

Final verdict aku selepas 140km dengan kasut ni aku decide kasut ni tak best. I wish aku tak beli kasut ni aku bleh rasa amat tak kena dengan aku. Aku dah pakai untuk  event 13km to 21km aku rasa tak best. Disebabkan dah beli aku terpaksa pakai.dan aku doubt kasut ni bleh bertahan sehingga 500km.



No comments: