26.2.18

MAGcc Fun Ride MTB

Satu program funride off road anjuran kelab sukan MAS bertempat di Pejabat Mas, berdekatan dengan LCCT. Aku register gunakan bwh ECC dgn bantuan Cip Anuar. Pada asalnya aku dan Ruzaini yang join tapi malangnya dia tarik diri ada sebab keluarga. So aku solo juga pagi tu. Kayuh bermula dari Enstek ke Pejabat MAS tu. Kononnya nak extra mileage. Dapat la juga 9.5km. Lepak2 jap sambil jumpa kawan2 hingga time flag off. Balik tu aku tumpang Nordin. Tak sanggup nak kayuh 10km  bawah mentari pukul 12. Huhu. Nasib baik Nordin sudi hantarkan ke Enstek.





Flag off dalam jam 8.50. Panas berdenting. Mula laluan onroad dalam 1km dan terus masuk offroad. 
Most area offroad adalah laluan ladang sawit. 9km pertama dibelanja bukit aje. Turun naik, turun naik. Since this is a fun ride so signage agak minima so kau kena sentiasa alert dengan signage yang ada di depan. Lead pun bagus tak laju sangat pandai control pace supaya tak percah jauh. Ada 2 area di mana kau bleh refill air. Part paling teruk bagi aku bukit tarmac last tu. Azab nak sampai ke atas. Dah sampai atas kene pikul plak basikal naik tangga. Nasib baik view superb kat atas tu nampak area KLIA.  Siap ada time tu pesawat landing atas kepala lagi.








Overall distance dalam 22km sahaja tapi dengan bukit dan downhill yang aku dapat cukup berbaloi. Actually ni offroad kali pertama dalam tahun ni dan last offroad adalah pada Februari tahun lepas. So banyak part downhill yang aku gentar gak. Kena plak aku pakai rigid fork. Apa2 pun syukur semua ok. Ada aku dengar sorang rider jatuh patah tangan. Seriau sungguh.

Anyway, aku harap ini adalah good start of long mileage of cycling for the whole year. Slow start for Januari dan aku dah dapat gain momentum pada Februari. Harap2 dapat berterusan.

No comments: