Ada satu tempat makan di Nilai ni, MMA Santai Corner yang aku dah lama tak pegi. Lebih setahun rasanya sebelum dapat Aliff. Malam tadi decided nak dinner kat sana. Banyak kedai dah berubah dan ada masih kekal.
Sedang duduk tunggu makanan sampai tiba2 ada satu budak ni hantar sepinggan rojak. Ayat dia buat aku tak lupa "Cikgu, ni mak belanja". Rupanya mak kpd ex murid isteri aku buka stall di sana. Masa budak tu msh di sekolah isteri aku, isteri kau tau dia dr keluarga susah dan mungkin buka gerai ni sebagai sumber pendapatan dia. Budak tu pencapaian dlm kelas biasa2 aje.
Apa yang menyentuh aku adalah gesture mak dia yang belanja sepinggan rojak tu. The way diberi umpama satu keikhlasan terpancar dari diri mak dia dan menunjukkan sifat diri dia yang sebenar yang sangat baik.
Aku reflect balik dalam kereta dgn isteri aku pasal kejadian tu. Apa yang aku mampu katakan adalah ex murid dia nanti akan membesar jadi orang yang sangat baik. Ini kerana sifat mak dia tu akan menjadi contoh ikutan buat anak dia.
Bila dah tua beruban ni aku ni terfikir jauh sgt. Hanya dgn belanja sepinggan rojak je aku rasa mcm nampak macam- macam.
5.7.18
Kisah Belanja
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment