Demam kus-kus 3 hari sebelum event. Bini bising tak bagi masuk sebab demam dan badan pun rasa tak berapa ok. Walaubagaimanapun sebab dah register dan aku rasa jamboree ni penting sebagai perjalanan ke Rembau Challenge.
Tak pernah dalam hidup aku ke Jebelu, rupanya bila tanya kawan2 dekat je dengan rumah. Lalu jalan lama turun bukit naik bukit turun bukit naik bukit terus kona kiri kanan terus sampai. Bestnya perjalanan bermula lepas Lenggeng dah berkabus all the way sampai Jelebu. Sampai lepas subuh dan terus kutip Racekit. Pass racekit ke Mael dan terus ke starting.
Event ni tak ramai dalam 700++ sahaja jadi que basikal pun kurang. Aku malas nak park awal hanya letak basikal tepi je. Sementara tunggu flag off just duduk je sebab badan masih tak sedap. Flag off just nice pkl 8 lepas nyanyian Negaraku, doa dan taklimat keselamatan. Road starting tak panjang dalam 3km je sebelum terus dibagi bukit pertama.

Bukit awal2 ni sebenarnya cara mudah nak pecahkan rider. Supaya yang kuat dapat breakaway dan yang tak kuat macam aku dah boleh mula menolak kat blkg. Bukit tu tak tinggi tapi panjang so aku kat belakang dah bersesak-sesak tak boleh kayuh dan terpaksa tolak all the way ke atas.
Since aku rasa amat tak sedap badan dan tak elakkan DNF aku rasa tolak cukup sesuai walaupun ada certain area dah clear up dan bleh kayuh. Since dah naik bukit sedap gila. So yakin lah bahawa downhill pasti sedap juga. Aku yang pakai rigid ni kene tahan nafsu nak downhill kerna kalau silap laluan buruk padahnya. Ada beberapa kejadian juga depan mata ada yang jatuh, patah baru. muka tersembam atas jalan dan handlebar kene dada disebabkan downhill yang laju. Paling gila adalah downhill di bukit simen. Laju natang. Debor dada.
Total distance 38km shj dgn pembahagian 50-50 utk offroad dan onroad. Ini bermakna konsep adalah fast trail dengan bukit pada awal tadi. Di penghujung juga ada sedikit bukit tapi tak setinggi dan sepanjang bukit yang pertama.
Aku rasa solid utk 25km pertama. Cukup penat hingga peluh sejuk semua keluar tapi utk baki selepas tu aku macam biasa dah terlalu penat. The worst adalah pd KM ke 30 dan bukit last di mana aku run out of energy. Ramai juga yang kayuh potong disebabkan kepenatan. Dalam kepala hanya satu, nak habiskan aja.
Syukur habis juga, walaupun dlm perjalanan tu ada terfikir bodoh juga kayuh time demam2 ni. Kah kah kah.
Sampai aja duduk kejap, tukar pakaian dan terus makan. Tak tunggu hingga habis sebab tak nak sesak nak balik. By pkl 12 dah sampai rumah. Jamboree kadang2 ambil masa yang amat panjang. Kalau tak balik awal mau separuh hari terbazir. So anggap je la lucky draw yang akan dibuat tu aku tak lucky. Baik balik awal boleh rehat depan tv.
Event ni tak ramai marshall jaga simpang tapi signange amat banyak dan di simpang yang kritikal ada letak orang jaga. Waterstation pun ada 3 aku guna air pada waterstation je tak pada basikal. Cuma botol air tu kene cari yang kecik supaya lebih jimat. Banyak rider minum separuh je terus buang.
Kudos to organizer, since dekat kat rumah aku jadi kalau ada lagi pasti mau join.

No comments:
Post a Comment