12.9.18

Taiping : Land of Serenity

Aku jarang menulis atau tak pernah menulis dalam blog pasal tempat yang aku lawati. Mungkin kerana aku gunakan medium media sosial lain seperti  Facebook dan Twitter. Walaubagaimanapun aku rasa macam perlu menulis sedikit pasal Taiping bila kene sana minggu lepas.
Aku pernah ke Taiping 2x sahaja sebelum ni. Pertama singgah ke Pusat Penjaja blkg Balai Bomba untuk makan  Yong Tau Fu dan kedua hanya singgah untuk ke Cendol Bismillah. 
Jadi aku ambil keputusan untuk tidur semalaman di sana apabila ada Majlis Kenduri Kahwin sahabat di ofis di Batu Gajah. Apa yang aku nak katakan adalah, cukup rugi aku hanya book untuk satu malam kerana bagi aku Taiping ini penuh ketenangan dan kedamaian.



Most probably mungkin disebabkan hotel dan bilik yang aku pilih juga. Aku pilih bilik dan hotel yang menghadap Taman Tasik Taiping yang di belakangnya ada the wonderful bukit larut. Bangun pagi dengan view sebegitu amat mengujakan. Dapat la habiskan masa 10 minit hanya melihat pemandangan sebelum diganggu anak2. Haha.






Taman Tasik Taiping what can I say.To me aku bleh duduk di bench tu berjam-jam dengan hanya memandang view tasik. The view is so majestic. Yang menariknya ramai keluarga ber piknik di bawah pokok menghadap tasik, satu permandangan yang tak ada di mana aku tinggal sekarang.





Pasal makan pula, aku makan the usual. Mee Udang Salleh Port Weld, Cendol Ansara, Yong Tau Fu, Kuey Teow Doli , Omar Popiah dan kedai2 di Medan Selera Larut Matang. The food as usual is was superb. I'm in food heaven.












No comments: