29.1.19

Menjalankan Tugas Yang Diarahkan Dari Semasa ke Semasa

Dalam perkhidmatan awam, selalunya senarai yang terakhir dalam tugas hakiki adalah Menjalankan Tugas Yang Diarahkan Dari Semasa ke Semasa.
Maksud tugas ini adalah amat luas dan boleh ditakrifkan bagai bulan dan bintang. Maknanya kita boleh diarahkan membuat tugas semudah- mudah membuang sampah atau sesukar-sukar membuat ucaptama perdana menteri.
Since its a very vague line bagi kerja tu, kebanyakan kita salah anggap dan mengutamakan "Menjalankan Tugas Yang Diarahkan Dari Semasa ke Semasa" tu berbanding tugas hakiki lain hingga menyebabkan tugas hakiki itu terabai. 
Kerja "Menjalankan Tugas Yang Diarahkan Dari Semasa ke Semasa" ini selalunya mempunyai job scope yg amat berbeza dgn tugas hakiki lain. It could be totally different dari tugasan seharian atau bukan merupakan tugasan di pejabat pun. 
Remember, kita dinilai dari tugas hakiki yang telah kita laksanakan sepanjang tahun. Perkara - perkara dalam "Menjalankan Tugas Yang Diarahkan Dari Semasa ke Semasa" ini merupakan nilai tambah kepada penilaian kita sebenarnya. 
Ia tidak boleh dan tidak patut dijadikan penilaian yang utama. 
Sebab itu jangan sekali- kali kita melebihkan "Menjalankan Tugas Yang Diarahkan Dari Semasa ke Semasa" melebihi tugas hakiki. 
Ini kerana kita perlu ingat, tugas hakiki itu still need to be done, dan bila kita tak laksanakannya kita sbnrnya telah menyusahkan orang lain yang terpaksa buat tugas hakiki kita( which Menjalankan Tugas Yang Diarahkan Dari Semasa ke bagi orang tersebut). 
Be productive and Learn to prioritize.

No comments: