25.1.19

Watergate 16Hrs 2019 : Belia Benci Tangga



Event yang telah berlangsung di lokasi sama untuk kali ke enam cuma kali pertama aku join. Niat nak join sejak 3 tahun lepas namun ada sahaja perkara yang akhirnya menggagalkan niat untuk mendaftar. 

As usual dgn kiasunya aku mendaftar pada November tahun lepas sebab 1st 100 participants akan dapat teddy bear. Luckily aku jadi peserta yang ke 42 mendaftar jadi dapat la bear tu.



The last 5 events, route adalah sama dan untuk tahun ke enam ni route diubah. Katanya untuk cabaran kepada peserta. Mungkin betul juga, tapi route baru ni lebih menjaga keselamatan peserta disebabkan tak perlu cross jalan banyak kali. Cuma aku tak pernah merasa la route lama dan tak boleh nak banding level of difficulty dgn route baru.


Route baru ni consist of 2 set tangga yang kene turun naik 2 kali on the same loop. Laluan adalah dari Taman Sri Empangan ke Presint 18 melalui laluan tepi tasik. Satu loop equal to 5km dan minimum distance adalah 50km yang memaksa anda menyelesaikan 10 loop. Aku yakin most people dah biasa dengan konsep loop ni dan event ni.






Cuma apa yang aku nak highlightkan adalah 2 set tangga ni, Satu set tangga ada 67 steps dan kene turun naik 4x dalam satu loop. Jika keseluruhan didarabkan dengan minima 10 loop kau akan turun naik 2680 anak tangga bersamaan dengan turun naik sebanyak 5x Batu Caves. Its hard and really really hard. The stairs will take the toll on your body. Hingga hari aku menulis ni aku masih ada rasa sengal-sengal di lutut bila naik dan turun tangga di rumah dan bila berjalan. 



Selain daripada tu, laluan tepi tasik ni memaksa kau berlari di atas pavement yang agak keras, ditambah dengan dugaan set tangga 4 kali per loop ni, pavement ni juga akan effect very hard on your body.  Ada certain part di mana kau bleh lari on the grass to reduce the impact tapi bila dah 10 loop tu sakit tetap ada. 
Laluan pavement tu was fine kecuali beberapa kawasan tidak berlampu sebab lampu rosak dan ada uneven surface. Aku sendiri ada 3 kali tersadung dan hampir tergolek. Ada beberapa yang jatuh sebenarnya di kawasan sama. Bila badan penat, mula malas nak angkat kaki dan alert dengan surroundings to kau very prone to mistake. Syukur aku tak terjatuh sebab berpotensi DNF kalau terjatuh dan injured.

Aku manage to finish 10 loops dalam 9 jam 33 minit. Time tu aku decide untuk rehat, solat subuh, makan nasi lemak dan tunggu kwn yang nak habiskan last lap. The plan sebelum race adalah buat 10 lap dan cari extra 2 lap dengan berjalan. Jika larat cuba sebanyak mungkin hingga COT 16 jam pada pkl 12.30 tengahari. In between lap 10 dan 11 tu, aku sebenarnya take too long break dalam sejam hingga tertidur di camp site. Bila terjaga terus bangun untuk buat lap ke 11. 


The final lap tu aku banyak berjalan sahaja hingga finishing sebab ramai photographer. Haha. Lepas habis tu aku mcm nak rest dulu nak sambung another lap tapi bila tengok kawan-kawan sedap dah tido bila habis 10 lap, mental pun dah tak betul sebab kurang tido , kaki lutut sakit aku terus decide untuk stop. 
So jumpa organizer bagitau untuk stop dan diorg akan potong timing chip lepas double confirm jumlah loop dengan kau. Decision untuk tak continue bagi lap ke 12 tu, aku regret juga petang lepas bangun tido kat rumah. If only I decided at that time... tapi mungkin otak pun tak bleh fikir rasional dah masa tu.


Sepanjang 16 jam tu or 11 jam 30 minit bagi aku, tak pernah ada kekurangan air. Di starting ada air kosong, isotonik, kopi, teh dan air ribena kot. Aku hanya minum air kosong je sebab ada satu loop tu minum isotonik terus rasa nak memerut. Di kawasan u-turn pula hanya air kosong tapi sentiasa ada.


Makanan pun memang sentiasa ada di starting, so every loop aku makan sket bagi isi perut. Bubur ayam pun superb sampai bantai 2 mangkuk. Cuma kecewa nasi lemak je sebab dapat sebungkus. Kecewa sebab kawan-kawan makan sampai 4 bungkus bleh je. Ini tidak adil.



A big thank u kepada kawan-kawan yang bukak khemah, pasang ground sheet, pasang portable table yang amat memudahkan time rehat in between loop. Mereka juga yang rajin teman untuk training lari sebagai persediaan untuk event ni.




Big shout out kepada adik aku juga kerana dengan gigihnya masuk event ni walaupun tak pernah lagi HM dan FM. Berjaya juga dia habiskan 1st event Ultra dia walaupun kaki injured. 
Selang 3 hari lepas event, organizer terus up tarikh untuk event ni pada 2020. Rasa tak lalu dah nak tengok tangga sebab 2020 sepatutnya Malaysia dah ada kereta terbang jadi tak yah susahkan diri lari penat2 ni.
See u next event jika tiba-tiba datang mood nak register.



(p.s.: gambar-gambar adalah daripada kamera hp canggih kawan-kawan, kamera jurugambar di tapak dan juga kamera buruk saya)



No comments: