3.10.19

FreeBelt Pro


Aku dah lama nak beli ni sebenarnya. Tujuan utama adalah belt lama aku xleh pakai dah kerana dah loose. Tertambahan inci pinggang. So tercari2 yang mampu dari segi poket. 
Kemudian datang promosi FreeBelt Pro dari Qoolmart di mana dapat 2 dengan harga 1. Kongsi dengan kawan untuk beli.
Walaubagaimanapun, bad news kerana ambil masa lebih 1 bulan untuk item sampai. Itupun selepas aku push berkali-kali untuk hantar segera. Kemudian another drama adalah item sampai satu walaupun ia promosi buy 1 free 1. Terpaksa tunggu la 2 minggu untuk 2nd item sampai.
Today baru selesai barang yang dah dibeli. Untuk keberkesanannya akan dicuba nanti bila berlari atau berbasikal.



Pada gambar kedua boleh nampak antara fungsi FreeBelt Pro ni. Actually perbezaan dengan FreeBelt biasa dalah versi pro ada tali untuk gantung bib.


Untuk yang aku beli ni adalah edisi untuk UTMB, slalunya bila beli offseason/ lepas event tu selesai harga jadi murah.

No comments: