10.6.21

RR Peninjau Running Belt

Sebelum ni aku ada ada waist belt yang sama dari brand Compressport iaitu FreeBelt Pro. Aku beli hampir 2 tahun lepas. Aku sayang juga sebab lenjan benda ni setiap masa. Naik Gunung Kinabalu pun aku pakai FreeBelt ni untuk letak barang aku. 

Disebabkan aku ni cheapskate jadi kriteria utama bila nak beli adalah memastikan harga adalah murah. Dulu pun aku beli FreeBelt ni sebab ada promosi buy 1 free 1 dan aku kongsi beli dengan kawan.


So bila brand Orga ni jual RR Peninjau ni separuh harga, jiwa cheapskate aku kicks in dan aku tanpa ragu-ragu terus beli. Brand ni merupakan brand tempatan yang aku baru perasan dalam setahun lebih. Previously aku pernah nampak dia jual running vest, botol air dan yang terbaru waist belt ni.

Reason utama dia jual murah adalah disebabkan model baru 2021 dan keluar, model 2020 dengan selected size Dengan stok yang limitede dijual separuh harga. Harga asal RM99 dan dijual model 2020 dengan RM50. Aku tanpa ragu terus beli. Add in RM6 utk postage. Isnin beli dan hari ni Khamis sampai.


Kudos to seller yang bagi packaging cantik siap dalam bubble wrap walaupun produk ni nipis je. Waist belt ni datang dengan Triple Zipper Waterproof pouch FOC dan Orga Stickers. Siap ada note dari seller. Good touch actually terasa dihargai walaupun beli barang on diskaun. 


Aku tak pernah pakai lagi untuk berlari jadi aku hanya dapat bagi perbandingan fizikal dengan Freebelt dan 1st time feel bila cuba.



Dari segi persamaan aku rasa grip dia agak sama. Cuma belum pasti bagaimana keadaan bounce masa berlari. Ia juga ada race bib holder dan poles holder.

Dari segi perbezaan pula aku bleh kata yang RR Peninjau ni true to size guide manakala FreeBelt ni aku kene amik 1 size up dari size guide.  RR Peninjau ni ada key clip holder Untuk pegang kunci, jadi tiada isu kunci terjatuh time nak kuarkan barang on the go pada belt. RR Peninjau ni gunakan see thru mesh berbanding FreeBelt guna elastic fabric. Both Bagi aku is fine. 

Dari segi compartment, RR Peninjau ni datang dengan 3 compartment yang dibahagikan dengan separator. FreeBelt xde separator jadi barang dalam belt kau boleh letakkan di depan dan boleh tolak ke belakang tanpa perlu bawa keluar dari belt. 
RR Peninjau ni bagi aku nampak 'rendah' sket berbanding FreeBelt yang nampak lebih tinggi. Selain tu RR Peninjau ni ada 3 reflective stripes Bagi more visibility bila tengah berlari. 


Warna hanya hitam sahaja berbanding FreeBelt yang ada pelbagai warna dan tema. Tema selalunya dia buat ikut race event yang akan berlangsung.



Esok aku nak cuba dalam berlari kejap dan nak tengok apa feel bila lari, adakah sama seperti FreeBelt. 
Let see how tomorrow goes.

No comments: